• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Pengalaman Perit Cipta Alat Muzik Jadi Teras Asal Usul Jenama Yamaha

#RetroAuto: Pengalaman Perit Cipta Alat Muzik Jadi Teras Asal Usul Jenama Yamaha

August 29, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TANDA dagang jenama Yamaha - YAMAHA - berasal daripada nama pengasasnya Torakusu Yamaha yang menjadi perintis kepada pengeluaran alat muzik Barat di Jepun. Torakusu dilahirkan dalam keluarga Kishu Tokugawa, daripada klan Wakayama, yakni golongan samurai hierarki tinggi ketika pemerintahan Shogun pada era Edo.

Jadi, tidak hairanlah beliau terpikat dengan sains Barat dan teknologi sejak awal. Tertarik dengan jam tangan yang semakin popular di Osaka pada waktu itu, beliau membuat jam dan belajar tentang perniagaan. Lama kelamaan, Torakusu mula pandai membaik pulih peralatan perubatan dan dijemput melawat sebuah hospital di Hamamatsu dalam prefektur (wilayah) Shizuoka.

proses-pemasangan-organ
torakusu-yamaha

Suatu hari, pengetua Sekolah Rendah Jinjo di Hamamatsu (sekarang Sekolah Rendah Motoshiro) bertanya, adakah Torakusu mahu cuba membaiki organ rid (sejenis instrumen keyboard yang dibunyikan daripada rid besi di bawah tekanan angin). Beliau bersetuju dan berjaya membaikinya, sekali gus membuka langkah pertama ke arah kelahiran jenama Yamaha.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu - Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motor

Dalam usaha mendapatkan pengiktirafan dalam perniagaan membaiki organ, Torakusu merangka bahagian dalaman organ, sebelum menghasilkan prototaip organ ciptaan sendiri. Ketika menghantar ciptaannya itu kepada Institut Muzik (kini Universiti Kebangsaan Tokyo untuk Seni Halus dan Muzik, juga dikenali sebagai Geidai), Torakusu dikatakan menggantung  produk itu pada satu palang panjang dan digalasnya sepanjang perjalanan.

JALAN KAKI RENTAS GUNUNG

Dia kemudian berjalan menyeberangi pergunungan Hakone sebelum sampai ke destinasi dituju. Detik bersejarah itu diabadikan dalam ukiran arca khas (gambar bawah).

Bagaimanapun, organ itu dikritik teruk kerana talaan yang lemah. Tanpa bimbang, dan bermula semula dari sifar, Torakusu belajar teori muzik dan cara menala alat muzik. Selepas empat bulan berjuang dari awal pagi hingga larut malam, beliau akhirnya dapat menyempurnakan organ itu.

Inilah asal-usul konsep logo tanda garpu tala (tuning fork), yang diilhamkan daripada pengalaman sukar Torakusu belajar menala bunyi organ sambil memegang garpu tala di tangan.


Jadi apa pula kena mengena dengan motosikal? Itu nanti kita sambung. Hehehe...

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Garpu Tala, Jepun, Retro Auto, sejarah, Sejarah Yamaha, Torakusu Yamaha, Tuning Fork, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev