PADA 1898, setahun selepas penubuhan Nippon Gakki, iaitu perintis kepada Yamaha Corporation hari ini, syarikat itu memutuskan menggunakan garpu tala (fork tuning) sebagai simbol korporat, dan turut menambah imej phoenix Cina sedang menyepit garpu tala dengan mulut.
Selepas mengalami beberapa perubahan seiring pertumbuhan syarikat, simbol garpu tala dan logo Yamaha akhirnya dijadikan sebagai simbol atau tanda dagang (trademark) standard untuk produk syarikat itu.
TENTANG SIMBOL 'GARPU TALA'
Seperti pernah diceritakan dalam artikel mengenai sejarah ringkas Yamaha, garpu tala ialah alatan untuk menala instrumen muzik yang direka pemain trumpet, John Shore (1662-1751). Garpu tala terdiri daripada pemegang yang disatukan dengan rod besi bentuk U. Dengan menyentuhkan rod, bunyi akan dihasilkan dan frekuensi daripada getaran per saat akan digunakan sebagai standard talaan instrumen muzik.
BACA >>> #RetroAuto: Pengalaman Perit Cipta Alat Muzik Jadi Teras Asal Usul Jenama Yamaha
Tiga garpu tala pada logo Yamaha mewakili hubungan kerjasama yang menghubungkan tiga teras perniagaan syarikat itu:
- Teknologi
- Pengeluaran
- Jualan.
Ia juga bertanggungjawab menaikkan reputasi Yamaha dalam dunia muzik dan bunyi seluruh dunia yang pada era itu tidak banyak pemain industri. Simbol itu juga mewakili tiga elemen muzik utama, iaitu:
- Melodi
- Harmoni
- Irama atau Ritma
PERUBAHAN DAN EVOLUSI TANDA GARPU TALA
Rekabentuk Ho-oh (phoenix Cina) memegang garpu tala dengan mulut, dijadikan trademark pada 1898 setahun selepas Nippon Gakki Co Ltd diwujudkan. Tanda ini digunakan untuk organ berkualiti tinggi yang menggambarkan matlamat syarikat itu untuk menghasilkan produk kelas dunia.
Cuma imej garpu tala digunakan. Tiada lagi kelibat burung phoenix.
Permohonan trademark imej garpu tala dibuat untuk digunakan pada organ.
Permohonan trademark imej garpu tala dibuat untuk digunakan pada piano.
Permohonan trademark imej Yamaha Veneer untuk kerja kayu.
Rekaan ini banyak digunakan pada produk, akhbar, iklan dan katalog.
Trademark untuk instrumen muzikal.
Trademark untuk instrumen muzikal.
Tanda mula distandardkan sepanjang tempoh ini. Trademark putih ialah rekaan opsyen atau 'reverse design' untuk digunakan pada latar produk gelap.
'Reverse design' 1967 dipersetujui sebagai logo versi standard.
Tanda garpu tala versi standard dan spesial mula wujud.
Tanda garpu tala disatukan.
PERUBAHAN LOGO YAMAHA
Logo Yamaha dihasilkan (sama seperti logo versi spesial sekarang yang juga digunakan sebagai 'reverse design').
Logo Yamaha diubah semula. Rekabentuk daripada garis ringkas (logo versi spesial sekarang) dijadikan versi standard logo.
Syarikat menukar nama kepada Yamaha Corporation untuk meraikan ulang tahun penubuhan yang ke-100. Imej garpu tala disingkirkan untuk menguatkan kata nama 'YAMAHA'.
Logo Yamaha versi standard (atas) dan spesial (bawah).
Logo Yamaha disatukan.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA YAMAHA LOGO DAN YAMAHA MOTOR?
Perbezaan ketara ialah Yamaha Corporation menggunakan warna ungu (violet) sebagai warna identiti korporat, manakala Yamaha Motor Co Ltd menggunakan warna merah. Kedua-dua logo mengekalkan imej garpu tala dalam bulatan di sebelah kiri perkataan 'YAMAHA'.
Perbezaan lain ialah bentuk huruf 'M' - YAMAHA untuk logo Yamaha Corporation lebih pendek berbanding dua kaki huruf itu. Sebaliknya 'M' - YAMAHA pada logo Yamaha Motor ialah sama panjang (lihat imej bawah). Ya, sama tapi tidak serupa.
SUMBER: Yamaha
Apimoto says
Hujung pemegang garpu tala logo Yamaha Motor Co ltd berada dia atas bulatan cincin tetapi hujung pemegang garpu tala Yamaha Corporation tidak menyentuh bulatan.