• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ferrari 250 GTO (1962) Pecah Rekod Kereta Lelong Paling Mahal Dunia - RM199.6 Juta

Ferrari 250 GTO (1962) Pecah Rekod Kereta Lelong Paling Mahal Dunia - RM199.6 Juta

August 29, 2018 By Han Othman Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH supercar klasik Ferrari 250 GTO (1962) menjadi kereta paling mahal yang dijual pada acara lelongan RM Sotheby's di Monterey, California, Amerika Syarikat dengan harga AS$48.4 juta (RM199.6 juta), Sabtu lalu.

Coupe merah ialah satu daripada 36 unit model sama yang dikeluarkan Ferrari dan setiap satu memiliki keunikan tersendiri. Menarik tentang 250 GTO ini ialah resume dimiliki dalam kejuaraan kebangsaan selain meraih beberapa kemenangan besar sepanjang era kompetitif sekitar 1960-an yang melayakkan ia diingati dalam sejarah perlumbaan dunia.

BACA >>> Ferrari 250 GTO 1962 - Kereta Lelong Paling Mahal Dunia Berharga Lebih RM150K Juta

Lebih menarik lagi, berbeza berbanding kebanyakan kereta lumba lain, supercar ini tidak pernah mengalami kemalangan yang memerlukan ia dibaiki. Bak kata penjual kereta terpakai, accident free!

1962-ferrari-250-gto-2
1962-ferrari-250-gto-1
1962-ferrari-250-gto-9

Asal Ferrari ini dimiliki bekas eksekutif Microsoft, Greg Whitten sejak 2000 dan kini dibeli seorang pembida enggan dikenali pada harga AS$44 juta (RM181 juta) atau setepatnya AS$48.4 juta (RM199.6 juta) selepas caj lelongan.

Harga 250 GTO itu memecahkan rekod lelongan AS$38 juta (RM156.7 juta) yang juga dibuat model kereta sama pada 2014. Bagaimanapun ada laporan mendakwa satu lagi GTO dijual dalam jualan persendirian pada harga AS$70 juta (RM288 juta), awal tahun ini.

BACA >>> Ferrari 250 GTO (1962) Bakal Jadi Kereta Paling Mahal Di Dunia

Macam-macam hobi orang kaya sekarang. Beli kereta sudah macam beli kapal terbang. Hmmm...

GALERI
1962-ferrari-250-gto-7
1962-ferrari-250-gto-8
1962-ferrari-250-gto-1
1962-ferrari-250-gto-5
1962-ferrari-250-gto-6
1962-ferrari-250-gto-9
1962-ferrari-250-gto-4
1962-ferrari-250-gto-3
1962-ferrari-250-gto-10
1962-ferrari-250-gto-2

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari 250 GTO (1962), Greg Whitten, kereta lelong, Kereta Sport, lelong, RM Sotheby's, Rumah Lelongan, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev