SERAMAI 3,100 pelanggan Perodua Myvi serba baharu akan menerima pampasan berupa rebat tunai berikutan pemberhentian seketika pengeluaran kereta subkompak itu akibat gangguan bekalan di salah satu vendor.
Perodua akan menghubungi setiap pelanggan yang membuat tempahan dan sepatutnya menerima Myvi mereka sebelum 1 September ini bagi memanfaatkan tempoh kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
BACA >>> Akibat Masalah Bekalan, Pengeluaran Myvi Baharu Dihentikan - Perodua Mohon Maaf
Pengeluar nasional itu akan memberikan rebat tunai kepada pelanggan terlibat apabila kenderaan mereka didaftarkan selain memaklumkan situasi sebenar dari semasa ke semasa. Perodua memohon maaf kepada pelanggan yang tidak dapat menerima kenderaan sebelum perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bulan depan, dan juga kepada pelanggan yang sudah menempah Myvi selepas tempoh berkenaan.
Ayub bin Shaari says
Apa cerita...skrg sudah nak habis bulan Sept...jnji nk serah kereta awal Sept,bila sebenarnya perkara ini akan selesai
Sy prcaya ada dikalangan plnggan telah melunaskan deposit penuh kpd Perodua.,tlg utamakn pelnggan yg murah hati sprti berikut...wang mereka dah terbenam lama di dlm akaun Perodua...hrp dpt diprtimbangkan pampasan yg setimpal dgn wng deposit mereka trsebut...sekian Wassalam wrt