AWAL Ogos Indonesia melancarkan Honda Forza 250 pada Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2018. Bagaimana pula Malaysia? Walaupun model tersebut dijanjikan bakal dibawa masuk, tetapi pengguna masih samar-samar tentang kehadiran rasmi skuter maksi itu.
Ini pula khabar yang baru kami terima! Menurut sumber, kelewatan kemasukan Forza berpunca isu hak cipta selain beberapa isu kecil lain yang perlu diselesaikan. Ini kerana pada 2007, Naza Corporation Sdn Bhd ada membawa masuk kereta segmen-A atas nama Naza Forza.
BACA >>> #GIIAS2018: Honda Forza 250 di Indonesia - Harga RM19k, Malaysia Menyusul Tahun Ini?
Alasannya jelas, Naza sudah menggunakan nama tersebut terlebih dahulu. Jadi, penyelesaian yang ada ialah Boon Siew Honda (BSH) perlu menggunakan nama lain untuk pasaran tempatan atau berbincang dengan Naza bagi mengelak salah faham atau kekeliruan pengguna.
Setakat ini, masih belum jelas nama yang akan digunakan BSH kerana masih di peringkat penyelesaian.
FORZA 300 LANCAR NOVEMBER DEPAN
Di samping itu, sumber mengesahkan pengguna tempatan akan menerima model import (CBU) Honda Forza 300 spesifikasi tinggi seperti produk yang dipasarkan di Thailand. Menurut sumber lagi, jika isu hak cipta dapat diselesaikan cepat, skuter maksi itu bakal dilancarkan seawal November ini.
Soal harga masih belum diputuskan tetapi indikator tanda harga Forza 300 tidak jauh berbeza dengan model NSS 300 (RM30,727). Sementara menunggu kemasukan rasmi produk tersebut, sediakan wang deposit anda dahulu.
BACA >>> #BIMS2018: Honda Forza 300 Jengah Pasaran Thailand, Harga ฿169,000 (RM21k)
Forza 300 dijana enjin 279cc yang mampu menghasilkan kuasa 25hp @ 7,000rpm dan tork 27.2Nm @ 5,750rpm, manakala hantaran kuasa kepada roda belakang disalurkan transmisi V-belt. Forza 300 versi Thailand didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk kedua-dua roda yang dibalut tayar Pirelli 120/70 R15 di depan dan 140/70 R14 (belakang).
Imej mewah Forza 300 diserlahkan menerusi ciri lampu depan LED, termasuk signal dan belakang. Tidak ketinggalan visor angin boleh laras elektrik. Saiz ruang simpanan besar mampu mengisi dua helmet separuh muka dan turut disertakan soket pengecas dan pemegang botol.
Ok geng, jangan lupa beli bila sudah launch nanti. Jangan setakat sembang dalam Facebook dan Twitter saja. 🤭
Fitri says
Bila nak jual di Malaysia?
Sudah akhir Oktober 2018.