• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Acura NSX (2019) Facelift Debut di Amerika, Tampil Warna Baharu dan Casis Diperkuat

Acura NSX (2019) Facelift Debut di Amerika, Tampil Warna Baharu dan Casis Diperkuat

August 29, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


ACURA NSX (2019) versi dipertingkat aka facelift diperkenalkan sempena acara Monterey Car Week, Amerika Syarikat (AS) dengan menampilkan ciri rekabentuk baharu dan casis dinaik taraf untuk lebih tajam dan seronok dipandu.

NSX (2019) kini ditayangkan di The Quail dalam kemasan jingga Thermal Oange Pearl, salah satu skema warna baharu yang ditawarkan buat pelanggan. Opsyen baharu lain ialah Indigo Blue untuk luaran dan kulit Red Leather untuk ruang dalaman.

BACA >>> Honda NSX: Mahu Setanding Ferrari 328, Tetapi Lebih Mampu Milik

Jika kerusi sport ialah opsyen untuk model terdahulu, tetapi kini diberikan sebagai standard semua varian dan tampil dalam kemasan Alcantara dan kulit hitam. Ciri standard lain NSX (2019) ialah navigasi satelit, sistem audio premium, sensor parkir depan dan belakang, dan pedal sport aluminium.

Perubahan paling ketara ialah di sebalik kulit jentera, iaitu komponen casis yang membolehkan supercar ini memecut 2 saat lebih pantas ketika diuji di Litar Suzuka.

NAIK TARAF CASIS

2019-acura-nsx-21
2019-acura-nsx-30
2019-acura-nsx-17

Casis dinaik taraf menerusi penggunaan bar stabiliser depan dan belakang lebih besar, termasuk meningkatkan kekuatan bahan 26 peratus depan dan 19 peratus belakang, sesendal pautan sendi belakang (rear toe link) diperkuat dan 6 peratus hab belakang lebih rigid.

Semua perubahan itu disertakan dengan mengemas kini perisian unit kuasa Sport Hybrid SH-AWD, damper aktif, stereng kuasa dan tetapan Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA).

BACA >>> Honda NSX 2016: Spesifikasi, Reviu dan Galeri [30 Gambar]

NSX (2019) juga mendapat tayar Continental SportContact 6 yang direka khas untuk model ini. Tayar baharu itu direka semula pada paten bunga, pembinaan dan kompaun getah untuk prestasi lebih baik dalam semua kondisi, termasuk jalan basah. Pelanggan juga akan ditawarkan set tayar fokus perlumbaan - Pirelli P-Zero Trofeo R sebagai opsyen.

Trenkuasa hibrid masih mengekalkan enjin V6 Twin-Turbo yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 9-kelajuan dan gandar depan pacuan elektrik. Kombinasi output trenkuasa itu menghasilkan kuasa sama, iaitu 573hp dan tork 645Nm.

Walaupun NSX (2019) berharga AS$1,500 (RM6,162) lebih mahal berbanding model 2018, tetapi model itu kini dibekalkan ciri baharu yang bernilai AS$4,700 (RM19,309) sebagai opsyen model lama, tetapi dijadikan spesifikasi standard model ini. Tempahan kini dibuka dan penghantara dijangka bermula Oktober ini.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Acura, Acura NSX (2019), Acura NSX (2019) Facelift, Facelift, Honda, Honda NSX, Kereta Sport, Monterey Car Week, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev