• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Michelin Primacy 4 - Tayar Prestasi Termaju dengan Esktra Cengkaman Atas Jalan Basah

Michelin Primacy 4 - Tayar Prestasi Termaju dengan Esktra Cengkaman Atas Jalan Basah

August 28, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MICHELIN Malaysia memperkenalkan produk baharu di bawah barisan Primacy dengan jaminan keselamatan kekal dan prestasi termaju sama ada dalam kondisi baharu atau terpakai sepanjang kitaran hayat komponen itu. Michelin Primacy 4 juga lebih senyap yang mampu memberikan keselesaan dan pengalaman pemanduan muktamad.

DUA TEKNOLOGI INOVATIF LEBIH MENCENGKAM

Proses pembangunan Michelin Primacy 4 yang mengambil masa tiga tahun dan didatangkan dengan 2 teknologi inovatif iaitu:

i. Teknologi EverGrip:  Bunga tayar baharu menyediakan 50 peratus ruang pemindahan air untuk cengkaman basah lebih baik walaupun dalam kondisi tayar dipakai (bukan baharu). Cengkaman masih selamat atas permukaan basah.

Kompaun getah generasi baharu mengikat getah dan silika lebih kuat dan sekata dengan melepaskan tenaga sama rata apabila bersentuhan dengan jalan, sekali gus menawarkan cengkaman lebih baik atas jalan basah walaupun sudah lama digunakan.

BACA >>> Michelin Tweel - Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin

ii. Teknologi Generation Silent Rib:  Menampilkan jalur kunci dalaman yang membantu meminimumkan perubahan bentuk tapak blok tayar apabila bergolek - ini mengurangkan kesan bunyi pengepaman udara untuk perjalanan lebih senyap, dan menyerap hentakan lebih baik sebagai tindak balas kepada halangan jalan untuk perjalanan lebih selesa.

MEMBREK LEBIH PENDEK

Hasil ujian TÜV Rheinland Thailand Limited ke atas tayar Michelin Primacy 4 baharu dan terpakai menunjukkan keupayaan membrek tayar baharu itu ialah 2.5 meter, manakala tayar terpakai (5.1 meter). Selain itu, tayar terpakai Primacy 4 membrek 1.8 meter lebih pendek berbanding tayar baharu pesaing.

BACA >>> Michelin Primacy SUV Khas Untuk Pemilik Kenderaan SUV

* Ujian dijalankan dalam kelajuan 0-80kmj dengan ketebalan bunga tayar baru sekitar 8mm, dan tayar terpakai 2mm.

ADA 64 SAIZ UNTUK DIPILIH

Michelin Primacy 4  yang diimport dari Thailand itu sudahpun berada di pasaran tempatan dalam 64 pilihan saiz, daripada 15-18 inci yang sesuai untuk model seperti Toyota Camry, Honda Accord, BMW 3 dan 5-series, Mercedes-Benz E dan C, dan banyak kenderaan premium lain.

BACA >>> Michelin Primacy SUV Khas Untuk Pemilik Kenderaan SUV

GALERI
Michelin Primacy 41
Michelin Primacy 42
Michelin Primacy 43
Michelin Primacy 44
Michelin Primacy 45
Michelin Primacy 46
Michelin Primacy 47
Michelin Primacy 48
Michelin Primacy 49
Michelin Primacy 410
Michelin Primacy 411
Michelin Primacy 412
Michelin Primacy 413
Michelin Primacy 414

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Komponen, Michelin, Michelin Malaysia, Michelin Primacy, Michelin Primacy 4, Tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev