• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Elantra (2019) Kini dengan Wajah Diperbaharui dan Ciri Keselamatan Ekstra

Hyundai Elantra (2019) Kini dengan Wajah Diperbaharui dan Ciri Keselamatan Ekstra

August 27, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI Elantra (2019) kini dikemas kini menerusi penggayaan semula rupa depan dan belakang, serta menampilkan ciri keselamatan baharu. Pembaharuan yang dapat dilihat ialah rekabentuk gril, lampu LED, bonet dan belakang dengan lampu berbeza. Sekali pandang, ia nampak sama seakan Sonata (2019)

Elantra (2019) juga menerima opsyen tambahan baharu, iaitu rim aloi 18-inci dan skrin infotainment 8.0 inci dengan sistem operasi Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem infotainment, 7.0 inci daripada model 2018 masih ditawarkan untuk varian tertentu.

Ciri keselamatan aktif baharu Elantra (2019) terdiri daripada sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Lencong (LDW) dengan Kawalan Lorong Aktif (ALC) dan kamera pandang belakang dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi RCTA Mudahkan Pemandu Undur Kereta dengan Selamat

Pilihan trenkuasa Elantra (2019) pula kekal sama, iaitu enjin 2.0L aspirasi natural (NA) berkuasa 149hp, 1.4L pengecas turbo berkuasa 130hp dan 1.6L pengecas turbo berkuasa 204hp. Harga pasaran Amerika Syarikat masih belum diumum, tetapi dijangka menghampiri AS$16,950 (RM69,350) untuk varian aras mula.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Elantra (2019) Facelift, Roda4, Sedan, sedan segmen-C, Segmen C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my