• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Sistem Stereng Roda Belakang: Sofistikated dan Rumit, Tetapi Kenapa Banyak Pengeluar Mahu Guna?

Sistem Stereng Roda Belakang: Sofistikated dan Rumit, Tetapi Kenapa Banyak Pengeluar Mahu Guna?

March 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

693
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM stereng roda belakang (rear-wheel steering) atau turut dipanggil stereng empat roda (four-wheel steering) adalah sistem pemanduan yang agak rumit berbanding sistem pacuan tradisional jenis pacuan roda depan (FWD). Namun segala kerumitan itu tidak menghalang banyak pengeluar untuk terus mengkaji dan mengaplikasikan sistem tersebut.

Stereng gandar belakang (rear axle steering) sudah banyak kali diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu. Walaupun menelan kos tinggi dan terlalu kompleks untuk dibangunkan, pengeluar tidak pernah berputus asa mencuba menghasilkan komponen kemudi-belakang (rear-steer) yang lebih reliabel.

Honda misalnya, menjadi antara pengeluar automotif pertama memperkenalkan sistem kemudia-belakang ke pasaran pada lewat 80-an. Selepas itu, muncul pula Nissan mengetengahkan sistem pacuan empat roda HICAS (High Capacity Actively Controlled Suspension), tetapi tidak diteruskan.

GM pula ada Quadrasteer, dipasangkan pada trak saiz penuh dan siri Suburban 2500 pada pertengahan 2000-an, manakala Porsche 928 memperkenalkan gandar belakang pasif yang dapat meningkatkan toe ke dalam (toe-in) ketika membrek.

BACA >>> Apakah Kesan Kedudukan Enjin FWD, RWD dan Enjin Tengah Terhadap Kawalan Pemanduan?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

KENAPA GUNA SISTEM STERENG RODA BELAKANG?

Ada beberapa kesan berbeza apabila mengemudikan kenderaan menggunakan stereng roda belakang. Antaranya, kereta lebih stabil, pengendalian ditambah baik dan radius pusingan ketika membelok dapat dikurangkan. Namun, banyak komponen stereng berisiko haus dan kemudian mengalami kegagalan fungsi. Inilah antara sebab banyak pengeluar tidak berani menawarkan sistem ini.

Akhirnya, sistem stereng roda belakang kembali diperkenalkan yang ditawarkan pengeluar seperti Audi, Cadillac, Porsche, Lamborghini, Acura, BMW dan Ferrari. Kenapa penge;uar masih mahu cuba membangunkan sistem rumit itu? Bagaimanakah ia bekerja? Jawapannya di bawah ini:

1. Mudah Dikendalikan
Lihatlah betapa sofistikated sistem stereng roda belakang Audi A8 berfungsi.

Kereta semakin panjang dan lebar serta agak mencabar ketika membelok dalam kawasan sempit di bandar. Profil tayar lebar pada kereta sports mengehadkan pembelokan roda depan. Kereta dengan jarak roda panjang (long wheelbase) pula memerlukan radius pusingan lebih besar kerana perbezaan jarak antara roda depan dan poin pivot belakang, misalnya limosin.

Tayar belakang pula boleh membelok arah bertentangan dengan tayar depan, lazimnya kurang 15º. Ini membuatkan jarak roda rasa pendek, dan contoh terbaik ialah Cadillac CT6 yang dapat mengurangkan radius pusingan hampir 1 meter disebabkan fungsi stereng belakang aktif (active rear steering, ARS).

Ketika memecut pada halaju tinggi, posisi roda belakang akan membelok mengikut arah sama dengan roda depan, seperti ciri ketam berjalan (crabwalk) ketika menukar lorong. Ini memberikan manfaat pengendalian lebih baik dengan keupayaan kereta bergerak secara serong (diagonal movement).

2. Cara Bekerja

Asanya, ada satu rak stereng (steering rack) kecil dimuatkan pada gandar belakang. Disebabkan tidak akan berpusing terlalu jauh, rekabentuk roda belakang lebih kompak berbanding roda depan, dan ada pula rod ikat (tie rod) yang bersambung pada hab belakang boleh putar. Secara mudah, ia seakan susun atur suspensi depan versi kecil yang dipasangkan pada roda belakang.

Bagaimanapun, tiada kolum stereng yang bersambung ke roda belakang. Sebaliknya, belokan tayar belakang dikawal komputer. Sensor pada kolum stereng akan memantau apakah anda sedang lakukan dan memaklumkan kepada komputer  yang juga tahu seberapa pantas anda bergerak.

Kemudian, komputer akan memutuskan sama ada membelokkan roda belakang mengikut arah sama dengan roda depan, atau berlawanan arah. Kelajuan ketika menukar arah pula bergantung kepada pengeluar dan jenis kenderaan. Misalnya, roda Porsche 911 boleh bertukar arah pada halaju 80kmj, manakala kelajuan sistem Cadillac pula bergantung pada mod pemanduan.

Audi menggunakan sistem elektromekanikal untuk sistem stereng roda belakang.

Sistem Audi (juga ada pada Touareg baharu) pula bekerja agak berbeza, iaitu tidak menggunakan rak stereng kecil, tetapi setiap roda belakang dipasangkan aktuator elektrik kecil menerusi sistem 48V Audi. Pautan bergerak dari aktuator ke sendi hab setiap roda sama ada ke dalam (toe-in) atau ke luar (toe-out). Ini membolehkan kereta menukar laluan dengan lebih lancar dan tajam.

Lihat video di bawah. Fokuskan minit ketiga ke atas:

SUMBER: AutoGuide

Related

693
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Pacuan Roda Belakang (RWD), RWD, Sistem Pacuan, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev