PERODUA menghentikan seketika pengeluaran Myvi serba baharu susulan gangguan bekalan di salah satu vendor yang menyebabkan kira-kira 3,000 pelanggan tidak dapat mendaftarkan kereta sebelum akhir bulan ini. Perodua memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha menangani masalah tersebut secepat mungkin.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, pihaknya sedang berusaha memberikan pampasan yang sesuai dan akan menghubungi pelanggan terlibat menerusi cawangan Perodua seluruh Malaysia.
BACA >>> Kurang 3 Bulan, Perodua Myvi (2018) Baharu Terima 48,000 Tempahan
"Keutamaan kini ialah menyerahkan Myvi baharu kepada kira-kira 3,000 pelanggan yang asalnya dijadualkan menerima kenderaan mereka sebelum 1 September," katanya.
Permintaan kenderaan Perodua meningkat sejak kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan, Jun lalu sebelum perlaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menjelang 1 September depan. Setakat ini, lebih 68,000 unit Perodua Myvi sudah diserahkan kepada pemilik daripada lebih 120,000 tempahan diterima sejak pelancaran November 2017.
BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi...
Amran says
Pisang goreng panas myvi ni.. iriz refinement, aku tanya apa khabar? Tunggu softloan dari Guan Eng pulak ke?
Ila says
Berapa lama lagi perlu tunggu
zahib bin jaafar says
lama lagi ke nak tunggu
Tun asnan says
Berapa lama kena tggu