• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kurang 3 Bulan, Perodua Myvi (2018) Baharu Terima 48,000 Tempahan

Kurang 3 Bulan, Perodua Myvi (2018) Baharu Terima 48,000 Tempahan

February 5, 2018 By Abang GYL 2 Comments

FacebookTwitter

pandu uji perodua myvi (2018) baharuMULA dilancarkan November 2017, Perodua Myvi (2018) baharu kini sudah menerima lebih daripada 48,000 unit tempahan. Daripada jumlah berkenaan, 20,000 unit sudah diserahkan kepada pelanggan. Daripada jumlah berkenaan, Myvi versi premium (1.5L) menjadi pilihan paling ramai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menyiapkan dan menghantar kenderaan kepada pelanggan secepat mungkin.

Tambah Aminar, Perodua menerima 17,693 unit tempahan pada Januari 2018 dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus menyokong Perodua selama ini.

Wong Wai Cheng
Wong Wai Cheng dari Negeri Sembilan Jadi Pelanggan Ke 18,000 Terima Perodua Myvi Baharu (2018)

Perodua Myvi (2018) baharu didatangkan dalam 5 varian dan 2 pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L.

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G (MT) - RM44,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G (AT) - RM46,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L X (AT) - RM48,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L H (AT) - RM51,800
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L AV (AT) - RM55,300

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi...

pandu uji perodua myvi (2018) baharuVarian 1.3L menggunakan enjin sama seperti Perodua Bezza, berkuasa 94hp pada 6,000rpm dan tork 121Nm (4,000rpm), manakala 1.5L menggunakan unit sama yang digunakan Toyota Vios baharu tetapi diberikan talaan semula dengan hamburan kuasa 102hp pada 6,000rpm berserta tork 136Nm (4,200rpm).

Paling menarik, Myvi (2018) baharu turut didatangkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA). Bukan itu saja, versi premium model ini didatangkan dengan 6 beg udara dan varian standard dibekalkan 4 beg udara.

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

pandu uji perodua myvi (2018) baharu pandu uji perodua myvi (2018) baharu pandu uji perodua myvi (2018) baharu

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Aminar Rashid Salleh, harga perodua myvi baru, Myvi baru, tempahan perodua myvi baharu, Wong Wai Ching

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my