• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mercedes Cipta 'Digital Light' - Teknologi Lampu Pintar Mampu Interaksi dengan Sekeliling

Mercedes Cipta 'Digital Light' - Teknologi Lampu Pintar Mampu Interaksi dengan Sekeliling

August 21, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

230
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Mungkin anda anggap ini cuma gimik Mercedes-Benz untuk mempromosikan teknologi baharu, tetapi tidak geng! Pengeluar Jerman itu hadir dengan teknologi pintar yang begitu menyeronokkan. Dinamakan 'Digital Light' (Lampu Digital), ciri baharu ini membolehkan Maybach S-Class 'bercakap' menerusi lampu depan.

BACA >>> Mercedes-Benz S-Class Baru - Definisi Sedan Mewah Sebenar, Harga Bermula RM700k

Kalau dulu lampu depan hanya untuk menerangi jalan dan memberi isyarat, kini jurutera Mercedes-Benz mengubah fungsi asal komponen utama itu kepada paparan cahaya dalam bentuk imej dan teks yang akan disuluhkan atas jalan supaya dapat dibaca pemandu dan pengguna jalan raya lain. Menarik bukan?

BAGAIMANA BERFUNGSI?

Berdasarkan video dimuat naik YouTube di atas, lampu projektor LED Maybach S-Class sudah siap dipasangkan cip, terdiri daripada lebih sejuta mikroreflektor yang mampu memantulkan cahaya dalam pola tertentu untuk membentuk teks atau ilustrasi.

Jika anda malu meluahkan kata-kata kepada gadis idaman, gunakan saja Digital Light itu untuk sebaris dua ayat 'pickup line'. Lampu digital ini juga berfungsi sebagai alat bantuan keselamatan pemandu menerusi input kamera dan sensor yang kemudian diterjemahkan dalam bentuk pantulan lampu depan berupa anak panah, garisan jalan dan sebarang simbol bantuan memandu.

Misalnya, jika mengesan pejalan kaki melinytas jalan, lampu akan memaparkan imej lintasan pejalan kaki atau zebra crossing. Begitu juga apabila mengesan persimpangan jalan di depan yang mana Digital Light akan memaparkan tanda jalan Stop (Berhenti)

BACA>>> SUV EV - Mercedes-Benz EQ C Mampu Gerak Sejauh 482km

Digital Ligth juga boleh memproses tanda cengkaman rendah atas permukaan jalan, amaran lokasi pembinaan, Amaran Kekal Lorong (LKW), Monitor Titik Buta (BSM), Amaran Rempuhan Depan (FCW), dan amaran kelajuan selain mengesan pejalan kaki.

Apa pendapat anda? Menarik atau mengada-ngada?

GALERI
mercedes-digital-light-1
mercedes-digital-light-8
Mercedes-Benz Licht, Scheinwerfer Mercedes-Benz Licht, headlamp
mercedes-digital-light-7
mercedes-digital-light-3
mercedes-digital-light-5
mercedes-digital-light-6
mercedes-digital-light-9
mercedes-digital-light-11
Revolution der Scheinwerfertechnologie: Mercedes leuchtet in HD-Qualität
mercedes-digital-light-12
mercedes-digital-light-10

SUMBER: Mercedes.Benz

Related

230
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Digital Light, Lampu Digital, Mercedes, Mercedes Maybach S-Class, Mercedes-benz, Mercedes-Benz S Class, Roda4, teknologi, teknologi automotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev