• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Reaksi Tun M Apabila Ditunjukkan Demo Arahan Suara Bakal SUV Proton

Inilah Reaksi Tun M Apabila Ditunjukkan Demo Arahan Suara Bakal SUV Proton

August 20, 2018 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter


HI Proton, open window on driver site
(Hai Proton, buka tingkap bahagian pemandu). Bukan saja boleh buka dan tutup tingkap sendiri dengan arahan suara, bakal SUV Proton ini juga mampu mengeset naik dan turun suhu penyaman udara.

Itulah antara ciri istimewa yang bakal ditampilkan bakal SUV Proton. Bakal dilancarkan hujung tahun ini, video berdurasi 37 saat itu menunjukkan demostrasi ciri aplikasi arahan suara pada model SUV Proton sambil disaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat ibu pejabat Geely di Hangzhou, China.

BACA >>> #Spyshot: Panel Meter Proton Boyue Mirip Volvo S60?

Selain boleh menurunkan tingkap kuasa, ciri arahan suara itu juga boleh membuka dan menutup bumbung panoramik, melakukan carian navigasi GPS dan banyak lagi. Apa yang pasti, Tun Mahathir turut memuji kualiti pembinaan bakal SUV Proton yang dikatakan setaraf kenderaan Eropah.

Jom kita lihat reaksi Tun Mahathir dalam klip video di bawah ini:

MODEL BOYUE TERBAHARU

Bakal SUV Proton itu akan menampilkan enjin 1.8L TGDi dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan berkuasa 181hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,500-4,000rpm.

Model SUV Proton itu juga dilengkapkan ciri mod ECO dan SPORT untuk memberikan lebih keseronokan memandu. Kepada anda yang ingin memilikinya, unit terawal SUV Proton itu akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China sebelum versi pemasangan tempatan (CKD) menyusul tahun depan.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Dari segi rekaan, bakal SUV Proton itu akan menggunakan model Boyue versi 2018. Ini bermakna, SUV Proton kelak akan tampil lebih macho dan maskulin (tengok sendiri gambar). Berbalik kepada rekaan, kalau lihat dari sisi, bahagian belakang mirip Range Rover Evoque dengan menampilkan lampu depan dan belakang jenis LED, manakala panel meter  digital penuh. Kan?

HARGA

Bakal SUV Proton Tun Mahathir_PanduLaju_DSC_9356
ciri arahan suara bakal SUV proton

Berapa harga? Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang info mengenai tanda harga yang akan diletakkan untuk SUV Proton itu. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga mampu milik dan berbaloi dengan apa ditawarkan.

Jika bertanya semula kepada anda, rasa-rasa berapakah harga yang patut diletakkan Proton untuk bakal SUV itu? Sebagai makluman, model ini akan bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga suv proton, SUV Proton, suv proton baru, suv proton boyue, Suv Proton malaysia, Tun M, tun mahathir lihat suv proton

Comments

  1. MD ADNAN ISHAK says

    August 29, 2018 at 7:02 PM

    A remarkable vehicle very astonishing and admiring with a very pleasant and comfortable seating hope to have it soon.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev