• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ferrari Perkenal Teknologi Cat Suhu Rendah yang Lebih Jimat Tenaga

Ferrari Perkenal Teknologi Cat Suhu Rendah yang Lebih Jimat Tenaga

August 20, 2018 By Han Othman Leave a Comment

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI memperkenalkan sistem cat suhu rendah inovatif yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat cat, PPG, sekali gus menjadi pengeluar kereta pertama dunia menggunakan teknologi cat saduran jernih (clear coat) baharu, Low Cure.

Pembangunan cat baharu itu membuktikan komitmen Ferrari dalam mencari teknologi terbaik dan berdaya tahan. Pada 2004, pengeluar dari Itali itu menjadi syarikat pertama dunia memperkenalkan sistem cat berasaskan air yang secara tidak langsung membantu mengurangkan impak alam sekitar.

BACA >>> Enjin Ferrari V8 3.9L Turbo Rangkul Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik 2018

Sistem cat dua komponen baharu itu menggabungkan cat saduran jernih formula khas yang membolehkan kenderaan dibakar (bake) dengan kepanasan 100º berbanding 150º sebelum ini. Ini bukan saja menjimatkan kos tenaga, tetapi juga meningkatkan ketahanan proses mengecat.

Resin Low Cure mengandungi pengeras baharu yang meningkatkan kimia dan rintangan mekanikal saduran. Formula baharu itu juga menggandakan pautan rentas-saduran yang secara serentak meningkatkan kimia hidrofobisiti (hydrophobicity) dan mengurangkan keterlapan (permeability) air.

Malah, solusi baharu itu mampu merealisasikan proses membakar gentian karbon dan komponen komposit secara bersama dengan kerangka badan, yang mampu menghasilkan keseragaman warna antara komponen badan berbeza. Teknologi baharu Ferrari itu mampu menghasikan tidak kurang 61 warna cat asas berbeza dengan menggabungkan cat asas dengan cat saduran jernih berkilat atau kusam berpigmen.

Related

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cat Kereta, Cat Saduran Jernih, Cat Suhu Rendah, CAT™, Clear Coat, Ferrari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my