• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R15 di Kedai Hujung Bulan Ini, Harga Dijangka Cecah RM14k! (Haa.. Tepokkk...)

Yamaha R15 di Kedai Hujung Bulan Ini, Harga Dijangka Cecah RM14k! (Haa.. Tepokkk...)

August 17, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI banyak terima aduan pembaca. Kata mereka, pergi kedai motor nak beli motor, motor tak ada. Kahkahkah!

Sila bawa bertenang, Yamaha YZF-R15 dijangka tiba di kedai motor hujung bulan ini (baca nada Pak Jabit, Man Laksa). Kalau anda boleh menunggu lama Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bawa masuk R15, apalah salahnya menunggu dua minggu lagi untuk melihat model tersebut ada di kedai motor.

Disebabkan terlalu ramai mengirimkan mesej kegeraman bertanyakan motor yang tidak kunjung tiba, kami gesit singgah ke beberapa kedai motosikal untuk buat sedikit tinjauan. Apapun tinjauan di beberapa kedai itu, termasuk maklumat terkini yang kami peroleh ialah tidak mewakili pengedar Yamaha secara keseluruhannya.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

BERAPA UNIT WAKIL PENJUAL DAPAT?


Menurut tauke kedai yang kami jumpa, R15 dijadualkan tiba hujung bulan ini ataupun awal bulan depan. Ketika disoal siasat berapakah unit yang akan diterima, jawapannya;

"Warna pun kami tak tau, inikah pula berapa unit stok yang kami dapat. Kami memang tak terima booking," kata tauke kedai yang enggan dikenali.

Menurut tauke kedai lagi, sebaik saja R15 sampai, harga jualan mungkin sekitar RM13,000 - RM14,000.

Jadi, sendiri fahamlah dan bersedialah pecahkan tabung yang ada. Namun, ada juga pusat jualan yang sedia terima tempahan, mungkin yakin dengan stok yang akan diterima.

HLYM SENGAJA HADKAN UNIT?

Jika diperhatikan sejak dulu lagi, HLYM lebih selesa mengambil pendekatan cara selamat atau 'play safe' dengan menyediakan stok terhad bagi produk baharu kerana memberi kelebihan kepada tauke motosikal bermain harga disebabkan permintaan tinggi.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

Walhal HLYM memang sedia maklum produk Yamaha sentiasa dapat perhatian peminat motosikal di Malaysia. Tetapi masih juga tidak berani ambil risiko. Lihat saja berapa lama, HLYM buat keputusan membawa masuk R15, termasuk stok yang terhad untuk model NVX 155 ketika dilancarkan.

Jadi, model lain yang dipamerkan di ibu pejabat HLYM, Sungai Buloh bolehlah dianggap sekadar pameran sahaja. Paling laju pun diperkenalkan di Malaysia ialah sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun nanti.

Nasihat kami, jika anda bukan spesies sabar, carilah alternatif jenama lain yang sentiasa ada stok di pasaran. Sebaliknya jika anda memang fanatik Yamaha, teruskan bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Iman pula adalah mutiara.

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: HLYM, Hong Leong Yamaha Motor, R15, Yamaha R15, Yamaha YZF-R15, Yamaha YZF-R15 v3.0

Comments

  1. Malek says

    August 18, 2018 at 7:27 PM

    R15 mcm syok pakai.. Lagi2 kalau enjin feel padat tiada knocking sound.. Yamaha reka enjin motor ada test betul2 ke? Lagenda 115z injection enjin ada bising atau knocking sound area head.. X silap ego solariz dll pun... Penggunaan rocker arm baru yg ada bearing ke puncanya? Cuba test bawa 115z fi..kalau lc dgn fz ok je kemungkinan reka bentuk rocker arm bearing yg double... 4 valve

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev