TOYOTA Supra sudah kembali semula. Honda Acura aka NSX pun sudah buat melakukan debut, manakala Nissan Z pula masih belum mahu meninggalkan dunia automotif. Ini menjadikan Mazda RX-7 antara kereta sport Jepun era 1980-90-an yang masih belum memunculkan diri dan pasti dirindukan peminat automotif seantero dunia.
Sayangnya, selepas bertahun khabar angin berlegar, Mazda masih belum lagi memulakan pengeluaran kereta sport rotari itu. Selain berharap dan berdoa (buat mereka yang cukup wang tabungan), perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah mengimbau semula siri Mazda RX versi lama untuk mengembalikan nostalgia dahulu kala.
BACA >>> Honda NSX (2016): 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Legenda Sport Ini
Video Cars Evolution berdurasi 4 minit 31 saat di bawah menceritakan semula sejarah RX-7 bermula tahun debut model itu pada 1978 hingga model terakhir dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1995, hingga versi akhir dipasarkan di Jepun sekitar 2002 menerusi RX-7 Spirit R (sebelum digantikan model RX-8).
Lagi fakta menarik, cuma ada satu model RX-7 Spirit R akhir yang dibuat dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan ia dibina khas untuk ketua Mazda Amerika Utara, Robert Davis, dan kini masih berada di ibu pejabat pengeluar itu di AS.
Sepanjang perjalanan, prestasi model Mazda itu meningkat hampir tiga kali ganda daripada asal 100hp hingga 276hp untuk versi paling akhir. Seiring prestasi, pecutan 0-100kmj turut meningkat daripada cuma 9.2 saat kepada sepantas 5 saat sahaja. Ia jelas evolusi mengagumkan.
BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept
Kini sudah tiba masa rotari sport berevolusi, dan langkah seterusnya terpulang kepada Mazda. Berikut senarai Mazda RX-7 mengikut tahun seperti dipaparkan video di atas:
- Mazda RX-7 (1978)
- Mazda RX-7 GSL (1981)
- Mazda RX-7 GSL SE (1984)
- Mazda RX-7 GXL (1986)
- Mazda RX-7 Turbo II (1988)
- Mazda RX-7 GTUs (1989)
- Mazda RX-7 Touring (1993)
- Mazda RX-7 RS (1996)
- Mazda RX-7 Spirit R (2002)
SUMBER: YouTube CarsEvolution
Leave a Reply