SISTEM bantuan pemandu hari ini boleh memecut, membrek dan mengawal stereng dalam situasi tertentu, tetapi masih tidak cukup maju untuk menggantikan manusia sepenuhnya sebagai pemandu, menurut Institut Insurans bagi Kelamatan Lebuhraya (IIHS).
Berdasarkan keputusan ujian Tahap 2 dilakukan ke atas teknologi pemanduan autonomi daripada Tesla, Mercedes, BMW dan Volvo sama ada atas jalan dan trek, IIHS menyimpulkan bahawa setiap sistem mempunyai potensi bahaya.
BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat
Ketua Kajian IIHS, David Zuby berkata, tiada satu pun daripada lima sistem itu yang boleh betul-betul diharap.
"Pemandu mesti kekal beri perhatian penuh apabila sistem itu digunakan," katanya.
Dalam empat ujian berasaskan trek, IIHS mengesan ada kelemahan dalam sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Volvo, termasuk sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) Tesla, begitu juga Mercedes-Benz dan BMW.
Sementara itu, ujian atas jalan menemui beberapa isu dengan semua sistem tersebut yang mana setiap kenderaan diuji (kecuali Tesla Model 3) gagal memberikan respon kepada kenderaan depan pada poin tertentu. Model 3 pula begitu sensitif ketika membrek, iaitu 12 kali sepanjang ujian dengan jarak perjalanan 289km. Menurut jurutera, ada 7 kes melibatkan respon brek yang disebabkan bayang-bayang pokok atas jalan.
Menurut Zuby, IIHS masih tidak jelas adakah pembrekan sensitif itu ialah refleks kepada ciri pengesanan lebih baik.
"Kami perlu melakukan ujian tambahan untuk memahami semua itu dengan lebih lanjut," katanya.
SISTEM TIDAK KONSISTEN
IIHS juga menemui isu mengenai Sistem Kekal Lorong (LKS) yang tidak konsisten. Sistem Autosteer Tesla bagaimanapun menunjukkan hasil memuaskan dalam enam ujian melibatkan tiga seksyen jalan raya berliku. Model 3 mampu kekal di dalam lorong bertanda dalam 18 percubaan, cuma Model S melencong keluar sekali. Ciri LKS dimiliki Mercedes-Benz dan Volvo pula hanya mampu kekal dalam lorong sebanyak 9 daripada 17 percubaan, manakala BMW cuma mampu melepasi 3 daripada 16 percubaan.
BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA
Ujian sama kemudian beralih kepada seksyen jalan raya bercerun untuk menguji kemampuan sistem di laluan berbukit. Model 3 cuma gagal dalam satu percubaan, manakala sistem Mercedes-Benz melakukannya dengan 15/18 percubaan. Volvo turut menunjukkan hasil yang baik, iaitu 9/16 percubaan, dan Tesla Model S (5/18 percubaan) serta akhir sekali BMW yang gagal semua percubaan (0/14).
Walaupun menunjukkan keputusan memberangsangkan, Model S dan Model 3 mengalami kegagalan paling dramatik ketika ujian berasaskan trek apabila kedua-dua model itu merempuh objek pegun ketika jurutera menguji prestasi AEB.
IIHS kini sedang membangunkan skema ujian menyeluruh untuk sistem bantuan pemandu yang dijangka siap dan bersedia diuji kira-kira 12 bulan lagi, kata Zuby.
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply