• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / R15 Belum Sampai Kedai Motor Malaysia, Yamaha India Pula Lancar R15 Edisi MotoGP!

R15 Belum Sampai Kedai Motor Malaysia, Yamaha India Pula Lancar R15 Edisi MotoGP!

August 14, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

972
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) baru saja membawa masuk sportbike baharu yang sekian lama dinantikan, YZF-R15. Khabarnya, model itu masih belum tiba di pusat jualan. Penantian sememangnya satu penyeksaan, tetapi apa yang kami boleh katakan teruslah sabar menanti dan penuhkan tabung terlebih dulu :).

Di India pula lain ceritanya, pengguna di negara itu bakal menerima R15 V3.0 MotoGP Edition. Video teaser tentang kemunculan versi edisi khas itu sudah pun ditayangkan India Yamaha Motor menerusi akaun YouTube wakil pengeluar itu. Menurut sumber IndianAutosBlog, versi MotoGP ini tampil lebih garang dan dikatakan akan dilancarkan minggu depan.

https://youtu.be/0VLXewklZ2o

Pada hujung video itu dituliskan perkataan 'Coming Soon-The call of the Blue' (Akan Datang - Panggilan Si Biru). Seperti semua tahu, edisi MotoGP biasanya akan tampil dengan kemasan skema warna rasmi livery pasukan Yamaha dalam aksi MotoGP, iaitu biru. Model itu akan didatangkan dengan logo Movistar pada fairing depan dan panel sisi, serta logo Eneos di bawah kowl enjin.

Difahamkan, R15 Edisi MotoGP versi India tidak didatangkan dengan nombor perlumbaan Valentino Rossi atau Maverick Vinales. Yamaha R15 V3.0 Edisi MotoGP akan menerima lampu depan LED penuh dan ambilan udara RAM 'acah-acah' yang mirip superbike R1. Ini termasuk kluster instrumen digital penuh dan lampu belakang LED.

Yamaha_R15_V3.0_Edisi_MotoGP5
Yamaha_R15_V3.0_Edisi_MotoGP9
Yamaha_R15_V3.0_Edisi_MotoGP1

Yamaha turut menawarkan aksesori tayar belakang Metzeler Sportec M5 H dan mufler Daytona. Bahagian mekanikal kekal sama iaitu enjin silinder tunggal 155cc penyejukan cecair berkuasa 19hp dan tork 15Nm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi klac manual 6-kelajuan.

R15 V3.0 ialah jentera pertama dalam segmen sportbike aras mula yang menampilkan teknologi Aktuasi Injap Variabel atau Variable Valve Actuation (VVA) dan klac bantuan dan sliper. Model itu ditayangkan kepada umum sempena Auto Expo 2018 dan harga dijangka sekitar INR130,000 (RM7,658).

GALERI

Related

972
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: HLYM, Hong Leong Yamaha Motor, India, Modenas, modenas pulsar RS200, R15, R15 V3, r15 vva, y15zr one way bearing, y15zr piston ring, Yamaha Motor India, Yamaha R15, Yamaha YZF-R15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev