• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Bakal Hentikan Kenderaan Diesel di Australia, Tiada Kaitan Skandal Diesel

Volkswagen Bakal Hentikan Kenderaan Diesel di Australia, Tiada Kaitan Skandal Diesel

August 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MENYEBUT tentang diesel dan Volkswagen, kita pasti akan teringatkan skandal 'Dieselgate'. Namun, langkah diambil  Volkswagen Australia ini tiada kaitan dengan skandal tersebut, apabila wakil pengeluar itu memutuskan menghentikan produk kenderaan diesel yang akan berkuatkuasa beberapa bulan akan datang.

Memetik sumber berita daripada portal Motoring, Volkswagen Australia bakal menamatkan barisan model diesel di negara itu pada Oktober nanti, serentak pelancaran Golf (2019) dengan bekalan teknologi turbo. Kehadiran trenkuasa baru itu sudah pun dapat dijangka berikutan keputusan Volkswagen Australia menamatkan jualan Passat Diesel, awal tahun ini.

BACA >>> Amerika Bakal Hilang Volkswagen Diesel Selamanya, Tawar Kereta Elektrik Sebagai Ganti

Volkswagen turut menghentikan penjualan Jetta dan hanya menjual Arteon berenjin diesel biasa. Dalam masa terdekat, korban yang akan menyusul ialah Passat Alltrack Turbo Diesel dan Tiguan. Ini bermaknan model diesel hanya aan kekal ditawarkan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV), Touareg generasi ketiga, dan Amarok apabila dilancarkan tahun  depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen Group Australia, Michael Bartsch berkata, pemansuhan produk diesel itu ialah komitmen pengeluar itu dalam mengurangkan opsyen enjin diesel supaya tidak terlalu rumit. Ini termasuk  melabur secara agresif untuk pembangunan kenderaan elektrik (EV) masa depan.

“Walaupun tiada isu emisi, kami masih perlu beri tumpuan kepada isu rumit. Kami sudah hilang dan akan kehilangan varian lain. Ini dicepatkan dengan isu Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP)," katanya.

BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040

Jualan kenderaan diesel di Australia menurun drastik beberapa tahun terakhir ini. Pada 2017, jualan enjin diesel hanya menyumbang 22.2 peratus daripada jumlah perkongsian pasaran di negara itu.

Der neue Volkswagen CC
volkswagen diesel model3
volkswagen diesel model1
volkswagen diesel model4
volkswagen diesel model2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, diesel, Dieselgate, Michael Bartsch b, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Diesel, Volkswagen Group Australia, Volkswagen TDI, WLTP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev