• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Kantoi Skandal Pemalsuan Ujian Emisi dan Kecekapan Bahan Api

Yamaha Kantoi Skandal Pemalsuan Ujian Emisi dan Kecekapan Bahan Api

August 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI automotif Jepun dikejutkan dengan skandal ujian emisi dan kecekapan bahan api yang melibatkan pengeluar ternama seperti Yamaha Motor Company. Dilaporkan, lima daripada lapan pengeluar automotif Jepun didapati gagal  memberikan laporan telus mengenai keputusan ujian emisi dan perbatuan bahan api kenderaan.

Antara pengeluar lain selain Yamaha ialah Mazda dan Suzuki yang turut didapati tidak mematuhi ujian ditetapkan. Ini bermakna Suzuki, Mazda dan Yamaha bertindak meluluskan sendiri keputusan ujian emisi atau kecekapan bahan api untuk produk masing-masing.

Kesilapan itu menyebabkan berlaku penyelewengan halaju kenderaan ketika ujian atau peruntukan masa kereta diuji. Untuk lebih jelas, boleh dikatakan semua pengeluar itu menguji  kenderaan secara sendiri untuk pelepasan dan piawaian kecekapan.

BACA >>> Jurutera Volkswagen Mengaku Jadi Dalang Skandal Emisi Diesel

Selain menjimatkan masa dan sumber dalam proses pembuatan, ia diakukan dengan kerjasama OEM.  Namun, apabila menyemak semula ujian asal, Yamaha dan pengeluar lain tidak menemui masalah signifikan dengan emisi sebenar dan prestasi bahan bakar kenderaan yang dipersoalkan. Ini kerana menurut mereka, ujian dilakukan dengan betul.

Menurut Yamaha, tujuh model motosikal diuji secara keseluruhan, dan 2 peratus didapati tidak diuji betul sebaik saja keputusan dibandingkan. Ini bermakna tiada notis panggil balik dibuat.

Walaupun Yamaha dan 5 pengeluar automotif Jepun yang lain tidak melanggar undang-undang, penemuan itu menunjukkan syarikat tersebut tiada kriteria ujian dan pematuhan terhadap piawaian ujian Jepun yang diketahui cukup ketat.

MOHON MAAF


Ini juga bermaksud pengeluar itu mencemari kepercayaan Kerajaan dan pengguna Jepun yang terkenal dengan reputasi piawaian kejuruteraan tinggi dan ketelitian terhadap perincian. Sebagai respon kepada isu berkenaan, Mazda, Suzuki, dan Yamaha tampil secara terbuka memohon maaf atas tindakan dilakukan.

BACA >>> Takata Mengaku Bersalah Isu Skandal Beg Udara, Setuju Bayar AS$1 Bilion

"Yamaha Motor dengan tulus meminta maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan lain yang mungkin mempunyai kebimbangan atau telah menyusahkan berikutan kejadian ini," menurut kenyataan media pengeluar motosikal itu.

Pada masa sama, saham Yamaha di Bursa Saham Nikkei merosot 5.3 peratus, manakala jenama lain turut berdepan kesan sama.

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kantoi, mazda, Rekod Emisi, Skandal, Skandal Ujian Emisi, Suzuki, Ujian Emisi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev