• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Rancang Bina Enjin V4 yang Lebih Murah, dan Mudah Senggara

Ducati Rancang Bina Enjin V4 yang Lebih Murah, dan Mudah Senggara

August 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

755
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI sedang membangunkan enjin V4 versi prestasi rendah dan lebih murah untuk model baru, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Claudio Domenicali. Pengeluar berpangkalan di Bologna itu memutuskan mengetepikan enjin V-Twin untuk model perdana superbike dengan memperkenalkan  Desmosedici Stradale 1103cc untuk Panigale V4 baru.

Kini, Ducati merancang mendapatkan pulangan pelaburan menerusi pengenalan model V4 baru pada masa depan.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Ducati Panigale V4 (2018) dengan Teknologi Trek Termaju

"Akan ada lebih banyak V4 semestinya," kata Domenicali.

"Enjin itu hebat dan sebenarnya platform yang sangat kuat, solid. Ia sangat ringan, tetapi kotak gear, klac, perumah enjin dibina dengan kukuh. Barisan motosikal premium kami akan menuju arah itu," katanya lagi.

MODEL MANA SATU?


Namun, model manakah yang akan menggunakan enjin baru itu? Dari segi kos pembuatan, jentera V4 akan memiliki aplikasi yang terbatas. Ducati mendakwa masa pemasangan ialah hampir dua kali ganda berbanding V-Twin. Ini bermaknan tiada model middleweight utnuk enjin tersebut.

Salah satu calon utama ialah Ducati Diavel baharu, tetapi selepas melihat model itu pada acara World Ducati Week, ia cuma akan menggunakan enjin Testastretta DVT V-Twin, sama seperti saudaranya, X-Diavel.

Jadi hanya tingal tiga pilihan, Multistrada V4, sports tourer b

esar atau supernaked 4 silinder yang akan berdepan satu-sama satu dengan model lawan seperti Aprilia V4 Tuono. Domenicali membayangkan model itu ialah Multistrada yang dijangka diperkenalkan selewat-lewatnya 2020 sebelum model lain menyusul.

BACA >>> #Videotomotif: Bunyi Enjin V4 Ducati Lebih Mengancam?

Menurut Ducati, cuma ada satu V4 baru akan didedahkan tahun ini, iaitu Panigale V4 versi lejang pendek 'R'  dengan kapasiti enjin diturunkan di bawah 1,000cc untuk mematuhi peraturan homologasi Kejuaraan Dunia Superbike (WSB).

Domenicali berkata, pada masa depan akan ada lebih banyak aplikasi baru V4 kerana Ducati tidak hanya akan mengambil enjin itu dan menggunakannya hanya sebagai enjin. Motor baru akan dibina berasaskan teknologi ini, tetapi perlukan lebih banyak talaan untuk jarak jauh dan penyenggaraan rendah, serta di sinilah pembangunan yang akan kami tumpukan.

"Ia mengambil masa kerana kami mahu ia dibuat dengan betul, inilah apa kami sedang buat," katanya.

SUMBER: MCN

Related

755
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Claudio Domenicali, Ducati, enjin, enjin Ducati, Enjin V4 Ducati, Multistrada V4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my