• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Inilah Sebab Kenapa Ekzos Akrapovic Mahal Sangat

Inilah Sebab Kenapa Ekzos Akrapovic Mahal Sangat

August 10, 2018 By Aryon Leave a Comment

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELALU kita dengar komplen pasal beberapa aksesori atau alat ganti motosikal berharga mahal. Tetapi faktanya, memang ada sebab kenapa barang yang bagus itu harganya sangat mahal. Ini kerana kos pembuatan barangan tersebut bukan sekadar material, tetapi juga melibatkan proses kajian dan pembangunan (R&D).

Seperti dapat kita lihat dalam paparan video di bawah ini, tentang pengeluar ekzos yang cukup popular dalam arena dua roda, Akrapovic. Sebelum ini hingga sekarang, pengeluar dari Slovenia itu kekal menguji ketahanan produk dihasilkan dengan melakukan ujian atas jalan dan trek.

Ujian itu bukan saja mengambil masa lama, tetapi turut dipengaruhi faktor cuaca.

BACA >>> Yamaha TMAX SX Sport Edition Kini dengan Ekzos Akrapovic (Eropah Sahaja)

Kini, Akrapovic membangunkan 'robotic dyno' yang melakukan ujian ekzos sejauh ribuan kilometer dengan hanya menggunakan kawalan komputer. Robot ujian itu juga dilengkapkan dengan respon buka-tutup terotel dan menukar gear menggunakan aktuator robotik.

Dyno robotik itu dibina secara dalaman dan menggunakan banyak kamera dan sensor untuk memantau prestasi ekzos, penghasilan kuasa, suhu dan tekanan belakang (backpressure), termasuk menggunakan semula tenaga yang dihasilkan jentera untuk digunakan dalam sistem pemanasan dan ventilasi dyno.

Dyno robotik itu juga boleh mengisi bahan api sendiri, termasuk menjana tiupan angin hingga 200kmj untuk memberikan efek tunggangan serba realistik.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Deruman Ekzos Motosikal Boleh Berbeza Bunyi?

Apa ditunjukkan dalam video di bawah memang mengujakan yang jelas menyerlahkan reputasi Akrapovic sebagai pengeluar barangan ekzos terkenal dan disegani. Sekarang tahukan sebab apa ekzos tu mahal sangat?

Related

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: akrapovic, aksesori, Dyno Robotik, ekzos, Pengeluar Ekzos, Robot Dyno, Robotic Dyno, Slovenia, ujian dyno

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev