LITAR Autodromo Hermanos Rodriguez di Mexico City terlalu bahaya untuk MotoGP dan keputusan menjadikan ia sebagai trek kejuaraan musim depan bukanlah idea yang bagus, kata kekanda dicintai, Valentino Rossi.
Segalanya bermula hujung minggu lalu apabila Mexico menjadi calon kuat untuk menjadi negara penganjur MotoGP 2019 yang bakal menyaksikan penambahan jumlah pusingan perlumbaan dalam kalendar kejuaraan itu, tahun depan.
BACA >>> #2018ArgentinaGP: "Marquez Tak Ada Telur" - Rossi Geram Tidak Terkata
Bagaimanapun, litar itu, yang kembali menganjurkan Formula Satu (F1) pada 2015 selepas melakukan pembaikan besar-besaran memiliki beberapa tembok yang agak dekat dengan trek di beberapa kawasan. Ini termasuk ketiadaan penyekat kelikir (gravel trap) di luar trek yang pastinya membahayakan pelumba.
"Aku rasa agak terburu-buru. Pertama kali akan jadi 20 perlumbaan yang bermakna kami tak ada life!" tegur kekanda Rossi apabila ditanya pandangannya tentang litar Mexico.
"Selain itu ialah trek yang sangat teruk. Aku tak suka. Ia bahaya juga.
“Depa perlu ubah suai beberapa bahagian trek, tetapi itu sangat sukar untuk dibuat. Bagi aku perlumbaan tahun depan bukanlah idea yang bagus." kata Rossi dengan mata bersinar penuh ketegasan.
SUMBER: RideApart
Leave a Reply