• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pencemaran Udara Makin Buruk, Hanoi Bakal Haramkan Motosikal Menjelang 2030

Pencemaran Udara Makin Buruk, Hanoi Bakal Haramkan Motosikal Menjelang 2030

August 6, 2018 By Aryon Leave a Comment

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA yang agak mengejutkan. Pihak berkuasa Vietnam dilaporkan merancang mengharamkam kelibat motosikal di ibu kota Hanoi menjelang 2030 dalam usaha mengurangkan pencemaran udara dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Hanoi ialah ibu negara dan juga bandar raya kedua paling ramai populasi di Vietnam yang dihuni 7.7 juta penduduk. Malah, tersenarai antara bandar paling tercemar di Asean. Pada 2016, ibu kota itu berada pada ranking kedua pencemaran udara terburuk di Asean, di bawah bandar Saraburi, Thailand.

BACA >>> 19 Fakta | Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Lebih memilukan Hanoi pada 2017 hanya sempat mencatatkan 38 hari untuk kualiti udara yang memenuhi standard piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bayangkan cuma sebulan lebih saja bandar itu sempat ada udara yang benar-benar berkualiti. Agaknya itu pun mungkin cuti beraya.

BUKAN MOTOSIKAL SAJA

motosikal-hanoi-vietnam-3
motosikal-hanoi-vietnam-1
motosikal-hanoi-vietnam-2

Menurut pihak berkuasa negara itu, selain asap motosikal (Hanoi memang terkenal sebagai bandar motosikal), punca pencemaran turut disumbangkan pelepasan asap dan sisa buangan kilang yang dikuasakan arang batu, industri berat, projek pembinaan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dan pembakaran pertanian bermusim.

Musim pencemaran biasanya mencapai kemuncak bermula Disember hingga Februari yang dikenal pasti sebagai musim kemarau di Vietnam, dan ditambah pula kehadiran udara kotor dari selatan China.

BACA >>> #SembangDeras: Projek Kereta Nasional 3.0 - Psstt... Kau Jangan Percaya Sangat!

Jadi dalam usaha menangani masalah kualiti udara dan menggalakkan pengangkutan awam, pihak berkuasa Hanoi mengumumkan rancangan mengharamkan motosikal menjelang 2030. Antara rancangan lain yang direncanakan ialah menanam hampir sejuta pokok, tidak melakukan pembakaran terbuka dan menggantikan petrol dengan bahan api lebih bersih.

Tidak pula diketahui apa pula reaksi pengguna motosikal di sana. Rasanya pasti ramai tidak bersetuju kerana seperti kita semua tahu Hanoi ialah antara bandar Asean yang memiliki jumlah pengguna motosikal terbanyak. Jadi apabila penguatkuasaan itu dilakukan, ia pasti menjejaskan sosio ekonomi penduduk bandar itu.

Namun mungkinkah Vietnam dalam diam sedang merancang memperkenalkan motosikal elektrik menjelang 2030 nanti?

SUMBER: VisorDown

Related

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, Asia Tenggara, Auto Terkini, Haramkan Motosikal, Pencemaran, Pencemaran Udara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Vietnam, WHO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev