BERITA terbaru semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof cakap, Malaysia bersedia melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 seperti dibayangkan Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan itu pula dibuat pada Majlis Konvokesyen Kolej Automotif TOC dan boleh dibaca daripada banyak media arus perdana (BACA >>> AstroAwani, SinarHarian).
Kata Mohd Redzuan, projek itu akan mencergaskan lagi industri automotif negara dengan melihat potensi pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri pembuatan komponen kenderaan. Ok cukup.
BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Kita Tidak Perlu Lagi Kereta Nasional Baharu!
Sebenarnya abang pernah mengkritik idea pasal projek kereta nasional 3.0 itu yang disebut PM masa melawat Jepun beberapa bulan lepas. Diamlah sekejap macam-macam bising dalam Facebook tu, dan sekarang muncul balik dan kali ini diulangi seorang menteri, serta siap dengan jangkaan pelancaran projek, iaitu menjelang 2020. Maknanya, pejam celik pejam celik lebih kurang dua tahun saja lagi.
Tetapi selepas mengambil kira banyak kenyataan menteri Kerajaan yang u-turn, tak jadi dan mahu buat kajian holistik, jadi abang taklah marah sangat. Macam banyak kali abang cakap, bila seorang menteri buka mulut, kita sebagai rakyat mesti dalam posisi 50:50 antara percaya dan tak percaya. Ingat, buat kereta bukan macam buat karipap inti sardin sebelah bus stop yang resepinya boleh di-Google di Internet.
Pasaran berubah, cita rasa berubah dan ekonomi pun berubah. Tambahan lagi bila si menteri sebut dua tahun lagi akan lancar projek kereta nasional 3.0 tu. Nampak benor tak munasabahnya. Sekarang tau kan sebab apa abang tak jadi marah?
KENDERAAN EV - IDEA MENARIK
Macam mana pun, abang tertarik dengan idea Prof Jomo Kwame Sundaram tentang pembangunan projek kenderaan elektrik (EV), iaitu antara cabang automotif yang belum lagi disentuh Malaysia, termasuk negara Asean. Kita kena ingat, rantau lain seperti Eropah, Amerika dan negara besar Asia seperti China, India dan Jepun sudah galak memulakan projek kenderaan elektrik (EV). Ada banyak artikel kami tulis tentang berita-berita EV di PanduLaju.
BACA >>> 19 Fakta | Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?
Dan kalau betul projek kereta nasional 3.0 itu ialah EV, jawapan abang, kenapa tidak? Lebih elok permulaan projek itu ditumpukan kepada kenderaan pengangkutan awam seperti bas EV yang pastinya dapat mengurangkan beban subsidi bahan api dan mengurangkan kos tambang.
Kos permulaan memang besar sebab kena sediakan fasiliti mengecas dan trek khas bebas trafik, tetapi jika mengambil kira impak masa depan dan jangka panjang, projek macam ni cukup bagus. Bayangkan selain tren ETS sepanjang Semenanjung, kita juga ada bas EV seluruh Sememenanjung, termasuk Sabah Sarawak. Malah kos, pembinaan stesen mengecas dan trek khas nanti sudah tentu lebih murah berbanding menyediakan landasan untuk tren berkelajuan tinggi macam ETS. Siapa pernah naik BRT? Lebih kurang macam tu la, tapi itu trek untuk pengangkutan dalam bandar.
Apabila projek bas ini dilihat bagus, orang ramai akan mula nampak sebenarnya tak ada masalah pun untuk kita pakat beli kereta dan motosikal letrik ni. Fasiliti pun sudah ada, pengalaman naik EV pun sudah biasa. Kalau dah bas EV boleh buat, apa sangatlah nak risau motor dan kereta letrik. Mesti lagi power ye dok? Hah, jadi tak adalah ralat sangat nak beli EV ni.
Apapun, abang harap pembaca semua dapat bertenang dan tak mengamuk tak tentu hala. Kenyataan itu pun baru cakap-cakap menteri. Kalau betul pun Kerajaan nak sangat buat projek kereta nasional 3.0 jenis petrol, itu pun tak perlulah kita risau juga. Dalam ekonomi pasaran terbuka macam Malaysia ini, pasaran jugalah yang akan menentukan. Hang suka hang beli. Tak ada siapa boleh paksa kita beli apa yang kita suka.
Kalau macam kena paksa juga, itu nanti kita mengamuk le lagi. Macam tak biasa pula hal-hal rage ni kennn...
Michelin says
Mana pulak button like ni? Terbaik konen abg nin..