• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #GIIAS2018: Benelli Motobi 200 Evo - Cruiser Mini Retro Lancar, Rp28.8 Juta (RM8k)!

#GIIAS2018: Benelli Motobi 200 Evo - Cruiser Mini Retro Lancar, Rp28.8 Juta (RM8k)!

August 5, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2018 begitu meriah dengan kehadiran banyak model motosikal terkini. Selain jenama Jepun, pengeluar Itali yang kini dimiliki firma China, Benelli turut tidak melepaskan peluang melancarkan model cruiser mini, Motobi 200 Evo.

Memandangkan trend retro kini semakin diminati, Benelli mengambil peluang memperkenalkan cruiser versi pemasangan tempatan (CKD) Indonesia di kilang pengeluar itu di Bogor. Dijana enjin silinder tunggal 197cc Motobi 200 Evo mampu menghasilkan tork 13.9Nm @ 6,000rpm. Angka kuasa kuda pula tidak didedahkan.

BACA >>> Benelli Kembali ke Amerika, TNT 135 Hulur Salam Perkenalan

Hantara kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan, manakala teknologi enjin menggunakan sistem suntikan bahan api dengan unit kawalan elektronik (ECU). Saiz kompak dengan panjang 2,140mm, lebar (800mm) dan tinggi (1050mm) berserta jarak roda (1440mm), Motobi 200 Evo menawarkan pengendalian mudah. Ditambah pula berat fizikal yang cuma 156kg.

Cruiser mini ini dibina atas frem semi double-cradle yang mampu memberikan kestabilan pada tahap optimum. Suspensi depan masih teleskopik, manakala belakang daripada teleskopik spring koil yang dipadankan brek cakera. Ciri baru lain ditampilkan ialah panel spidometer digital penuh.

BACA >>> Benelli TNT 135 LE Tampak Gah & Garang - Harga Pula Lebih Mahal, RM9,988!

Kepada pelanggan yang menempah pada acara GIIAS 2018, Motobi 200 Evo akan dijual pada harga diskaun, Rp28.8 juta (RM8,090). Sebaliknya, harga selepas acara tahunan ini ialah Rp30.8 juta (RM8652).

GALERI
Benelli Motobi 200 Evo1
Benelli Motobi 200 Evo2
Benelli Motobi 200 Evo3
Benelli Motobi 200 Evo4
Benelli Motobi 200 Evo5
Benelli Motobi 200 Evo6
Benelli Motobi 200 Evo7
Benelli Motobi 200 Evo8
Benelli Motobi 200 Evo9
Benelli Motobi 200 Evo10

SUMBER: NaikMotor.com

Related

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Benelli Motobi 200 Evo, cruiser, Gaikindo 2018, GIIAS 2018, GIIAS2018, Kruiser, PAMERAN Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2018, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev