• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli TNT 135 LE Tampak Gah & Garang – Harga Pula Lebih Mahal, RM9,988!

Benelli TNT 135 LE Tampak Gah & Garang - Harga Pula Lebih Mahal, RM9,988!

February 13, 2018 By Abang GYL 2 Comments

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan model terbaharu, Benelli TNT 135 LE edisi terhad ke pasaran tempatan. Hanya 1,000 unit dikeluarkan, motosikal fun bike ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna: hitam, putih dan merah.

Berbanding model sedia ada yang diperkenalkan pada Disember 2016, harga Benelli TNT 135 LE adalah RM1,998 lebih mahal, iaitu berharga RM9,988, tidak termasuk GST dan insurans. Sebagai perbandingan, Benelli TNT135 versi sedia ada dijual pada harga RM7,990 mengikutkan pengumuman harga pada majlis pelancaran lalu.

BACA >>> Benelli 402S - 'Ducati Diavel' Versi Mampu Milik

Benelli TNT 135 LE Malaysia
Benelli TNT 135 LE Malaysia
harga Benelli TNT 135 LE Malaysia

APA YANG MENARIK?

Benelli TNT 135 LE dilengkapi aksesori tambahan yang menjadikan jentera itu tampak lebih menarik dan garang. Bermula bahagian depan, ia didatangkan tuas brek dan klac bersama pelindung bar. Antara aksesori lain ditampilkan ialah penutup takungan cecair brek depan, bar gandar (axle bar) depan dan peg kaki merah.

Bahagian belakang juga hadir dengan beberapa aksesori tambahan seperti penutup minyak enjin dan penapis minyak, pelindung enjin, peg kaki baharu, penutup ekzos gentian karbon dan bar gandar belakang. Roda dipadankan rim aloi 12-inci dengan brek cakera depan dan belakang.

BACA >>> Benelli Leoncino 500 Kini di Malaysia - Harga RM27,999 Sahaja!

ENJIN TIDAK BERUBAH

Benelli TNT 135 LE masih lagi dipadankan enjin suntikan bahan api elektronik bersesaran 135cc dengan bantuan kotak gear manual 5-kelajuan berkuasa 13hp dan tork 10.8Nm.

Menarik tak Benelli TNT 135 LE? Siapa sudah jatuh cinta?

Artikel Berkaitan

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Benelli TNT 135 LE, Benelli TNT 135 LE edisi terhad, Benelli TNT 135 LE Malaysia, enjin Benelli TNT 135 LE, fun bike, harga Benelli TNT 135 LE, harga Benelli TNT 135 LE Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd

Comments

  1. TNT135 Fuel Consumption says

    November 17, 2018 at 3:09 PM

    Lawa special edition ini, kalau customize sendiri pun agak mahal dari cost versi SE ini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my