KHAS buat peminat moped, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna dan corak grafik baharu Honda RS150R (2018) yang pastinya tampil lebih menarik. Super moped versi naik taraf itu didatangkan dengan visual baharu bersama pengenalan satu warna baharu iaitu Hitam Mutiara Magellanic.
Pengenalan warna baharu itu ialah susulan maklum balas pengguna. Selain itu, tiga lagi warna sedia ada masih dikekalkan, tetapi dipadan dengan grafik baharu.
Aspek mekanikal RS150R (2018) pula masih sama dengan mengekalkan enjin silinder tungga 150ccl DOHC dan transmisi 6-kelajuan berserta sistem penyejukan cecair. Moped itu, yang diperkenalkan di pasaran tempatan pada Julai 2016, mampu menghasilkan kuasa 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm).
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
HARGA BERMULA RM7,999
Honda RS150R (2018) dijual pada harga RM7,999 untuk warna hitam, biru dan merah. Manakala versi Repsol pula dijual pada RM8,299.
JAMINAN
- 2 tahun atau 20,000km (mana satu tiba dahulu)
Maklumat lanjut mengenai Honda RS150R (2018), layari www.boonsiewhonda.com.myatau hubungi talian bebas tol di 1-800-88-3993 ( Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 5 petang, kecuali cuti umum).
Macam mana? Cantik tak warna baharu Honda RS150R (2018)? Rasa-rasa boleh tapau Yamaha Y15ZR tak?
BACA >>> Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'
Zulkarnain says
Saya sangat suka honda 150r
Zainuddin says
Berapa harga on the road
C.m says
Berape harga Honda RS150 REPSOL 2019
Syahmi Syazwan says
Sy oku pendengaran n masih sebagai pelajar t5 spm 2020 tpi sy terigin sngt nk beli motor rs150r v1 red tpi bleh x kurangkn harga motor tu..bleh bincang harga motor kasi murah sikit?? Oku bleh diberi diskaun klau sy nk beli motor tu?