• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moto Morini Milano (2019) - Model Buatan Tangan Itali Kembalikan Inspirasi Retro 70-an

Moto Morini Milano (2019) - Model Buatan Tangan Itali Kembalikan Inspirasi Retro 70-an

August 1, 2018 By Han Othman Leave a Comment

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTO Morini mengumumkan akan menjual 30 unit Milano (2019) edisi terhad terlebih dahulu sebelum pengeluaran sebenar motosikal itu siap. Pembeli edisi terhad tersebut akan menerima motosikal mereka menjelang penghujung November ini, manakala model biasa pula dijadualkan berada di bilik pameran sekitar April tahun depan.

Milano (2019) kali pertama didedahkan tahun lalu sebagai model pengganti 3 1/2 Sport daripada era 70-an. Model baru itu diberikan gaya moden-klasik dan rekaan grafik agresif hasil sentuhan pereka, Angel Lussiana.

BACA >>> Ducati World: Taman Tema Motosikal Akan Dibuka di Itali

Jentera itu dikuasakan enjin Bialbero Corsa Corta 1,187cc V-Twin berkuasa 109.9hp , yang dibangunkan pakar pembina enjin Moto Morini, Franco Lambertini yang juga bertanggungjawab membikin enjin 344cc untuk 3 1/2 Sport (1969).

Motosikal naked sporty itu dibina atas frem trellis yang memang menjadi fesyen Moto Morini. Milano (2019) dipasangkan suspensi boleh laras penuh di depan dan belakang yang akan bekerjasama dengan swingarm trellis. Brek depan dilengkapkan kaliper 4-piston dengan dwi brek cakera bersaiz 320mm, manakala brek belakang diberikan unit kaliper 2-piston untuk brek cakera 220mm. Ciri Sistem Brek Anti-Kunci didatangkan sebagai opsyen.

BACA >>> #BikinMotor: Benelli 354 Sport Cafe Racer dari Itali, Tribut Khas Ferrari 512M

Milano edisi khas pula dibezakan dengan nombor edisi terhad setakat 30 unit saja, termasuk pelana buatan tangan, cat metalik dua tona, strip aluminium pada tangki minyak dan rim putih. Model itu juga dilengkapkan cermin dan indikator Rizoma, manakala pemilik akan menerima penutup motosikal, jaket dan helmet Moto Morini.

Milano (2019) edisi terhad dijual pada harga €17,500 (RM83,062).

Related

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Itali, Moto Morini, Moto Morini 3 1/2 Sport, Moto Morini Milano (2019), Motosikal Itali, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev