• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / E-Cleva Etiqa: Lulus Tuntutan & Bayaran Insurans Kini Sepantas 30 Minit

E-Cleva Etiqa: Lulus Tuntutan & Bayaran Insurans Kini Sepantas 30 Minit

August 2, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KINI urusan tuntutan kemalangan kecil atau menukar cermin kereta, termasuk kerosakan kediaman semakin mudah dan cepat menggunakan E-Cleva daripada Etiqa. Jika sebelum ini proses tuntutan mengambil masa hingga lapan hari, tetapi kini boleh diselesaikan dalam tempoh 30 minit menerusi panggilan video dan tidak memerlukan laporan polis atau 'adjuster'.

APAKAH E-CLEVA?

Bantuan Video Ekspres Tuntutan Etiqa (Etiqa Claims Express Video Assist) atau E-Cleva dilancarkan pada Mei 2018 dan setakat ini sudah menyelesaikan 87 kes tuntutan insurans menerusi hanya panggilan video. Diperkenalkan syarikat insurans Etiqa, inilah satu-satunya platform di Malaysia yang menggunakan panggilan video untuk menyelesaikan urusan tuntutan insurans.

BAGAIMANAKAH E-CLEVA BERFUNGSI?

Pelanggan hanya perlu ikut tiga langkah ini:

1. Hubungi talian 1-300-88-1007: Sebaik talian disambungkan, operator akan menghantar 'secure link' menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) dan pelanggan perlu menekan pautan itu untuk disambungkan kepada aplikasi E-Cleva.

2. Tunjukan Bahagian Kerosakan: Selepas bersambung, panggilan video itu membolehkan operator mengakses kerosakan pada kenderaan atau cermin secara terperinci. E-Cleva juga memiliki keupayaan mengawal dari jauh fungsi zoom dan menghidupkan lampu kamera pelanggan serta mengambil gambar dan video bahagian kerosakan. Sebaik nilai kerosakan diketahui, konsultan akan melakukan pengiraan dan menyatakan jumlah tuntutan yang diterima.

3. Tandatangan Surat Tawaran: Sebaik urusan penilaian selesai, E-Cleva akan mengeluarkan satu surat tawaran pada skrin yang mengandungi maklumat seperti jumlah tuntutan diterima, jenis kerosakan dan nama ejen/pelanggan. Sekiranya pelanggan bersetuju dan menerima surat tawaran tersebut, mereka perlulah menandatangani dalam kotak disediakan. Selepas itu, wang tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemilik. Semua urusan hanya mengambil masa 30 minit. 

KATEGORI KEROSAKAN YANG BOLEH DITUNTUT?


Tuntutan kerosakan yang boleh dilakukan menerusi E-Cleva ialah kerosakan minor pada badan kenderaan dan cermin kereta. Dalam bahasa mudah ialah yang boleh dilihat secara zahir dan diakses oleh konsultan menerusi panggilan video. Perlu diingatkan kerosakan yang melibatkan pihak ketiga mahupun kerosakan besar seperti bahagian dalam kenderaan yang tidak dapat dilihat perlu dilakukan secara konvensional.  Pihak operator akan menasihatkan pelanggan untuk membawa kenderaan mereka ke panel Etiqa untuk dinilai. Ia tidak dapat dilakukan menerusi E-Cleva.

BERAPAKAH HAD NILAI TUNTUTAN?

Pihak Etiqa menetapkan tuntutan yang boleh dilakukan menerusi E-Cleva tidak melebihi RM5,000. Mudahkan?

VIDEO

GALERI

Related

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, cara buat tuntutan insurans, E-Cleva, e-cleva etiqa, Etiqa, harga etiqa, harga insurans etiqa, insurans, insurans etiqa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev