• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Daihatsu Mira Gino L700 - Not For Sale

Daihatsu Mira Gino L700 - Not For Sale

November 26, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Modifikasi_Daihatsu_Mira_Gino_L700_pandulajudotcom_08

JENAMA Daihatsu di Malaysia sangat popular dikalangan peminat tegar jentera kompak. Kebanyakan daripada mereka sanggup ‘korbankan’ kenderaan Perodua sebelum ‘dibedah’ menjadi jenama Daihatsu.

Namun paparan kali ini agak berlainan di mana empunya jentera menggunakan model keluaran asli Daihatsu, Mira Gino L700 yang menerima pengubahsuaian ekstrem bagi tujuan perlumbaan

Bagi memastikan ia menjadi antara yang terbaik, jentera itu telah mendapat sentuhan ajaib serta talaan daripada pihak RAB Garage.

Modifikasi_Daihatsu_Mira_Gino_L700_pandulajudotcom_02

PRESTASI:

Pada asasnya, ia didatangkan dengan enjin berkod EF-Det bersesaran 660cc sebelum digantikan dengan enjin K3-Vet 1.3L. Enjin baharu yang dipasangkan ini adalah lebih berkuasa. Kepala silinder 1.5 yang digunakan pada enjin ini telah melalui proses port n polish untuk memberi lebih kelegaan terhadap udara yang keluar dan masuk ke dalam ruangan kebuk pembakaran.

Modifikasi_Daihatsu_Mira_Gino_L700_pandulajudotcom_10

Sistem penyejukkan enjin pula mendapat bantuan daripada penggunaan unit radiator aloi yang dipasangkan di bahagian hadapan. Udara yang masuk ke ruangan enjin kemudian disejukkan oleh intercooler Mitshimoto.

Hasil bantuan kotak gear K3 LSD lengkap bersama unit ECU E-Manage, prestasi dihamburkan lebih berkuasa dan lancar.

Modifikasi_Daihatsu_Mira_Gino_L700_pandulajudotcom_07

KESELAMATAN:

Aspek keselamatan pula, ia dipasangkan dengan roll cage lengkap dibahagian dalamnya. Strut bar Ultra Racing pula diletakkan pada ruangan enjin. Set penyerap hentak boleh laras GReddy PS Compact turut menjadi pilihan untuk keseluruhan penjuru jentera ini.

Modifikasi_Daihatsu_Mira_Gino_L700_pandulajudotcom_04

DALAMAN:

Memasuki ruangan dalaman, ia tampak ringkas. Kelihatan tempat duduk Recaro bersama kehadiran meter EBC Blitz dan RPM Auto Gauge di atas ruangan papan pemuka.

Modifikasi_Daihatsu_Mira_Gino_L700_pandulajudotcom_09LUARAN:

Luaran pula. bodykit asal Mira Gino 2 pintu ini masih dikekalkan. Lebih menarik dan tampak garang, ia ‘memakai’ rim Volk Racing TE37 bersaiz 15 inci dan ‘dikahwinkan’ dengan tayar Toyo Proxes R888.

Bak kata pepatah “kecil-kecil cili padi, makin kecil makin terasa pedasnya”. Jadi, jangan sesekali ‘bakar line’, kalau berani jom turut litar!!!

Teks Encik Punai         Foto Shah Bahulu@Adam Photography

Modifikasi_Daihatsu_Mira_Gino_L700_pandulajudotcom_12SPESIFIKASI

Daihatsu Mira Gino L700

ENJIN K3 VET, Engine Fully Balance, High Cam, 1.5 Port n Polish Head, Walbro fuel pump, Work Fuel Regulator, Custom fuel return, Tial 38mm Wastegate, FMIC Stainless steel piping, radiator aloi, Mitshimoto Intercooler, Samco hose
TRANSMISI K3 LSD, final 4.6
ELEKTRONIK E-Manage
SUSPENSI & CASIS Ultra Racing strut bar, Greddy PS Compact
BREK YRV, High-temp brake pad
RODA & TAYAR Toyo Proxes R888, TE37 15’
DALAMAN Seat Recaro, EBC Blitz, Auto Gauge RPM Meter, roll cage
LUARAN Original Mira Gino 2 Doors, spoiler GT GG, side miror CF Toron
BENGKEL & TUNER RAB Garage/Protouch Workshop, RAB Protouch Racing Team
AW Raja Ahmad Bellanie

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Daihatsu, Daihatsu Mira Gino L700, Modifikasi, Perodua, Tuner

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev