• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Vitara (2019) dengan Gril dan Enjin Pengecas Turbo Baharu

Suzuki Vitara (2019) dengan Gril dan Enjin Pengecas Turbo Baharu

July 31, 2018 By Azhan O Leave a Comment

453
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS hampir 4 tahun sejak diperkenalkan pada Pameran Auto Paris 2014, Suzuki Vitara generasi ke-4 tampil dengan penambahbaikan lebih segar.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu datang dengan kemas kini luaran menerusi rekabentuk gril yang direka semula, bampar diubah suai, lampu belakang baharu dan dua ekstra warna baharu sebagai pilihan.

BACA >>> Suzuki UK Lancar Ignis Adventure dan Vitara Kuro Versi Edisi Khas

Kluster instrumen turut direka semula dengan paparan maklumat berwarna. Kemasan kabin pula menggunakan material plastik lembut yang sedap disentuh. Malah pengeluar automotif dari Jepun itu turut memberikan bayangan tentang 'teknologi baharu' yang katanya akan diperincikan pada September ini apabila model itu didedahkan secara rasmi nanti.

suzuki-vitara-2019-1
suzuki-vitara-2019-2
suzuki-vitara-2019-3
suzuki-vitara-2019-4

SUV ini dikuasakan enjin petrol 1.0L dan 1.4L pengecas turbo, yakni trenkuasa sama digunakan S-Cross tahun lalu, juga sebagai pengganti kepada nadi lama, 1.6L.

Tiada perincian varian Vitara didedahkan, tetapi mendakwa SZ4 dan SZ-T akan dikuasakan enjin 1.0L berkuasa 109hp. Selain itu, sistem pacuan semua roda (AWD) AllGrip ditawarkan sebagai opsyen untuk varian SZ-T yang datang dengan kotak gear manual.

BACA >>> Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai Tahap Epik!

SZ5 pula menggunakan enjin 1.4L berkuasa 138hp dan tork 220Nm. Ciri standard dilengkapkan sistem Pencegahan dan Amaran Lencong (LDWP), Pengecaman Tanda Trafik (TSR), Monitor Titik Buta (BSM), Amaeran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Sokongan Brek Dwi Sensor (DSBS).

Harga dan masa di pasaran akan dimaklumkan Suzuki apabila tarikh pelancaran semakin hampir.

SUMBER: CarScoops

Related

453
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Suzuki, Suzuki Vitara (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev