• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ETCM Rai Pemenang Kempen Millionaire Drive Nissan

ETCM Rai Pemenang Kempen Millionaire Drive Nissan

November 24, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemenang Air Asia Nissan_Nissan Millionaire Drive_pandulajudotcom_01 (2)

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan untuk berkolaborasi bersama AirAsia BIG, program kesetiaan AirAsia untuk memberi ganjaran buat pelanggannya.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng sewaktu majlis penyampaian hadiah Kempen Millionaire Drive. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh dan Pengurus Besar WCT Malls, Vincent Chong. Paradigm Mall merupakan penaja lokasi untuk majlis tersebut.

Menurut Ang, pihaknya mempunyai banyak perancangan menarik untuk terus bekerjasama dan ia pasti akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan para pelanggan kami.

" Pelanggan bukan sahaja boleh menikmati pemanduan yang mengujakan dengan kenderaan Nissan , malah berpengalaman terbang secara percuma melalui Mata Ganjaran BIG, tambah Ang.

Nissan Millionaire Drive_pandulajudotcom_02

Pada majlis itu, ETCM dan AirAsia BIG menyerahkan hadiah utama berupakan 300,000 Mata Ganjaran BIG kepada pemenang kempen bulan Oktober, Che Zainun Tun Mohammed.

Che Zainun telah membeli Nissan Almera 1.5E AT di cawangan ETCM Kota Bharu. Mata Ganjaran BIG yang dimenangi oleh Che Zainun membolehkannya menikmati perjalanan pergi balik ke Tokyo, Sydney, Beijing, Seoul atau pelbagai lokasi dalam negara sebanyak lima kali.

Pemenang Air Asia Nissan_Nissan Millionaire Drive_pandulajudotcom_01 (1)Dalam pada itu, 14 orang pemenang hadiah saguhati pula membawa pulang 50,000 Mata Ganjaran BIG setiap seorang. Ia boleh membawa mereka ke pelbagai destinasi tempatan atau dua penerbangan pergi balik ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai.

Ayuh, peluang  memenangi sebahagian daripada 1,000,000 Mata Ganjaran BIG masa terbuka bagi mereka yang membeli dan mendaftar kenderaan Nissan sepanjang November dan Disember.

Maklumat lanjut, layari www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1800-88-3838.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Air Asia, AirAsia BIG, Almera, Che Zainun Tun Mohammed, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Millionaire Drive Nissan, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev