• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

July 30, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 200 Duke (2018) melakukan debut pada Karnival KTM Malaysia Orange 2018 pada 28 Julai lalu. Jentera naked paling ringan dalam famili Duke itu boleh dianggap sebagai antara model yang merevolusikan pasaran motosikal sesaran kecil sejak kali pertama diperkenalkan pada 2013.

Malah 200 Duke menjadi jentera subsegmen 250cc yang paling kerap dilihat atas jalan. Hingga kini, ribuan unit sudah terjual kepada peminat dua roda yang mahukan sebuah jentera lasak dan tampil berbeza berbanding motosikal klise lain.

BACA >>> #BikinMotor: KTM 390 Duke 'Badmaash', Jadi Scrambler Lebih Ganas

Dikenali sebagai 'Penempur Ringan', 200 Duke tampil kompak dengan nisbah kuasa kepada berat impresif dan pengendalian serba mantap. Lain ciri menarik model naked ini ialah:

  • Paparan LCD
  • Fork USD WP
  • Kaliper brek radial 4-piston
  • Frem trelis tubular ringan
  • Warna dan grafik menarik

KTM sebenar memiliki ciri khas yang membezakan jenama itu berbanding pesaing lain daripada komponen casis berkualiti tinggi hingga papan pemuka LCD multifungsi dengan paparan penggunaan dan baki petrol.

BACA >>> #TunggangUji: Reviu KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017), dari USJ ke Bukit Tinggi

Pelana dua lapis menawarkan keselesaan tunggangan jarak jauh, sokongan sempurna dan ergonomik kelas pertama buat penunggang dan pembonceng. Ketinggian pelana rendah, 810mm memberikan posisi berdiri yang lebih meyakinkan, tetapi pada masa sama cukup tinggi untuk tunggangan berorientasikan sport selain merasai fiil menunggang sebuah big-bike.

Enjin 4-lejang silinder tunggal 199.5cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik menjana hantaran kuasa 26hp dan tork 19.5Nm dengan mudah. Terima kasih kepada aci imbang (balancer shaft) yang memberikan kelancaran enjin menakjubkan walaupun pada rev rendah.

Silenser tiga kamber kompak yang diletakkan berhampiran pusat graviti jentera membantu memusatkan berat dan menambah baik pengendalian 200 Duke. Tidak dilupakan penukar pemangkin (catalytic converter) yang berfungsi mengurangkan emisi.

BACA >>> KTM 790 Duke CBU @ Sang Pisau Bedah Kini di Malaysia - RM64k Sahaja!

Harga jualan KTM 200 Duke ialah RM11,888.  Tanda harga yang boleh dianggap kompetitif dan menarik juga jika mengambil kira pasaran semasa.

GALERI

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Karnival KTM Malaysia Orange, KTM, KTM 200 Duke (2018), KTM Duke, ktm malaysia, naked bike, roda2

Comments

  1. Zamri Misroo says

    December 5, 2018 at 7:46 PM

    Must not be restricted and can reach 150 km/h.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev