• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota 86 TRD Edisi Khas (2019) dengan Brek Brembo, Kit Badan Sporty - 1,418 Unit

Toyota 86 TRD Edisi Khas (2019) dengan Brek Brembo, Kit Badan Sporty - 1,418 Unit

July 27, 2018 By Han Othman Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA 86 TRD Special Edition (2019) secara rasmi diperkenalkan kepada umum dengan dilengkapi beberapa komponen baharu seperti brek Brembo dan damper SACHS yang menjanjikan kestabilan dan pengendalian lebih mantap. Kereta sport itu juga dipasangkan rim aloi 18-inci eksklusif yang dibalut set tayar musim panas, Michelin Pilot Sport 4.

Selain perubahan prestasi, kereta itu turut dikemaskan dengan kit badan TRD yang terdiri daripada bampar baharu, skirt sisi direka semula, difuser belakang dan spoiler besar. Kemasan badan pula tampil dalam warna hitam Raven dan setiap satu diserikan strip tiga warna (merah-jingga-kuning) sepanjang sisi badan, dan sistem ekzos TRD dengan paip keluli tahan karat digilap.

BACA >>> Toyota 86 dengan Grafik Ikonik 24 Hours of Le Mans, Bakal Berentap Tahun Ini

Perubahan gaya diteruskan pada ruang kabin menerusi roda stereng dua tona dan kerusi sport yang dipadankan dengan upholsteri merah dan hitam. Naik taraf lain ialah sulaman kontras merah, tali keledar merah dan aksen seakan suede. Akhir sekali ialah logo TRD yang disulam pada penjuru papan pemuka sebelah penumpang.

Sama seperti model standard, kereta ini memiliki enjin boxer 4-silinder 2.0L berkuasa 205hp dan tork 211Nm. Pengeluaran model edisi terhad ini cuma dihadkan kepada 1,418 unit sahaja pada harga bermula AS$32,420 (RM131,641).

Pembeli yang memiliki bajet sederhana pula boleh membeli 86 aras mula dan 86 GT gred pertengahan. Bagaimanapun,  Toyota tidak mendedahkan harga dua model bajet tersebut, tetapi memaklumkan kedua-duanya akan mula dijual pada Ogos ini dengan opsyen baharu seperti warna baharu Neptune (putih) dan dalaman merah/hitam untuk 86 GT.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

Selain perubahan sederhana sebagai menutup kalendar tahun ini, 86 (2019) dilengkapkan unit lampu utama LED dan rim aloi 17-inci. Model standard ini turut memiliki kerusi sport, pedal aluminium, penyaman udara dan sistem infotainment skrin sentuh 7-inci.

SUMBER: CarScoops

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Roda4, Sport, Toyota, Toyota 86, Toyota 86 TRD Special Edition (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev