• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 10 Fakta Pantas | BMW Concept X7 iPerformance Debut di Malaysia, Asia Tenggara!

10 Fakta Pantas | BMW Concept X7 iPerformance Debut di Malaysia, Asia Tenggara!

July 26, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW Group Malaysia mempamerkan BMW Concept X7 iPerformance sebagai jentera ikon baharu jenama itu yang memberikan pendefinisian semula BMW tentang mobiliti dan kemewahan. Model konsep ini bukan saja ditayangkan kali pertama di Malaysia, tetapi juga Asia Tenggara.

Berikut 10 fakta pantas yang perlu anda ketahui tentang BMW Concept X7 iPerformance:

1. BMW Concept X7 iPerformance melambangkan kehadiran teknologi BMW eDrive, digandingkan dengan enjin petrol BMW TwinPower Turbo untuk menghasilkan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang sangat efisien dan dinamik. Gandingan ini memberikan pengalaman pemanduan menakjubkan dalam apa jua keadaan.

2. Bahasa dan lenggok rekabentuk BMW SAV terserlah pada rupa luaran menerusi gril 'buah pinggang' @ kidney vertikal . Frem gril dan bar vertikal dibina selapis dengan rekaan cukup menawan dan penampilan visual gah dengan lapisan permukaan kusam untuk imej kontras.

3. Bahagian atas lampu depan kembar yang langsing dan mendatar dilengkapkan suluhan laser dengan rekaan visual signatur X dan bersambung terus pada gril kidney.

The BMW Concept X7 iPerformance (11)
The BMW Concept X7 iPerformance (12)
The BMW Concept X7 iPerformance (18)

4. Garis krom pada sil pintu memberikan empak ketara pada penampilan sisi kereta. Sama seperti elemen trim yang ada pada depan kenderaan, garis krom di kedua-dua sisi kereta juga berfungsi sebagai frem udara gaya vertikal yang diunjurkan lurus ke belakang.

5. Bahagian belakang dipadankan lampu langsing L bentuk 3D, dan dihubungkan dengan bar krom. Model konsep itu hadir tanpa sebarang hiasan paip ekzos dan secara tidak langsung identik dengan PHEV.

6. Bumbung panoramik luas memberikan lebih banyak ruang vertikal kepada pemandu dan penumpang. Enam kerusi disusun dalam tiga baris, empat daripada semua kerusi itu pula memiliki rekabentuk individu eksklusif.

7. Kulit warna gangsa gelap (olive-bronze) – dengan pigmen emas halus yang membalut pad kerusi memberikan ambien eksklusif yang penuh kehalusan. Material kulit putih yang disulam pada permukaan kerusi memberikan kontras kabin menarik.

The BMW Concept X7 iPerformance (22)
The BMW Concept X7 iPerformance (24)
The BMW Concept X7 iPerformance (21)

8. Kluster instrumen 12.3 inci dan paparan infotainment skrin sentuh di tengah terletak tidak antara satu sama lain yang memberika akses mudah kepada pemandu. Konsep fungsi baharu membolehkan dua paparan itu digunakan secara lebih interaktif.

9. Sistem maklumat dan hiburan tercanggih boleh diakses semudah di hujung jari. Penumpang di tempat duduk baris kedua dapat mengakses hiburan menerusi skrin sentuh di belakang kerusi baris pertama. Kelebihan sambungan digital itu, yang menjadi sebahagian ciri kemewahan progresif premium, membolehkan integrasi maklumat hiburan yang lancar buat semua penumpang dalam kenderaan.

10.  BMW X7 yang bakal dikeluarkan nanti ialah model kenderaan paling besar dalam sejarah BMW dan dijangka di pasaran  pada 2019.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW Concept X7 iPerformance, BMW Group Malaysia, model konsep

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev