• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Padah Langgar Rakan Pasukan, Main Telefon dan Letak Pelekat 'Make America Great Again'

Padah Langgar Rakan Pasukan, Main Telefon dan Letak Pelekat 'Make America Great Again'

July 24, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SANTINO Ferrucci ialah pelumba Amerika Syarikat (AS) yang mewakili pasukan Trident dalam kejuaraan Formula 2. Pada aksi di Silverstone minggu lalu, dia yang juga anggota pasukan junior Haas F1 dikenakan denda larangan 4 pusingan perlumbaan kerana dengan sengaja merempuh rakan pasukannya, Arjun Maini, juga ahli pasukan junior Haas F1 (lihat video Twitter di bawah).

Malah, Ferrucci juga dilaporkan berlumba dengan slogan Presiden AS, Donald Trump, 'Make America Great Again' tertera pada keretanya yang sebenarnya tidak dipersetujui pasukannya, termasuk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

BACA >>> Beralih Arah, Marc Marquez Pandu Uji Jentera Formula Satu (F1) Bulan Depan?

Ketua pasukan, Maurizio Salvadori berkata, semua orang dalam sukan permotoran tahu tentang larangan memasang iklan berbaur politik pada kereta mereka.

"Apabila saya dapat permintaan itu bagi pihak famili Ferrucci, saya cuba jelaskan tentang mustahil memenuhi permintaan tersebut. Atas desakan mereka, saya minta pendapat bertulis daripada FIA dan sebaik saja diterima, saya hantarkan kepada famili dia.

BERNIAT JAHAT

"Faktanya, surat ini berlegar dalam media sosial seakan cubaan berniat jahat untuk mengalihkan perhatian daripada masalah asas, iaitu sikap Ferrucci dan bapanya dalam dan luar trek pada perlumbaan hujung minggu lalu.

"Jelas sekali, tweet Ahad itu tiada kaitan dengan permintaan livery MAGA Ferrucci dan hanya berasaskan sikap dia dan bapanya di dalam dan di luar trek," beritahu Salvadori.

Haas junior Santino Ferrucci banned for 4 races after being found guilty of deliberately crashing into his team-mate & driving an F2 car to the race pits while using a mobile phone. He also declined to attend when summoned by stewards
More: https://t.co/uo2kIO5jRH#SkyF1 #F1 #F2 pic.twitter.com/0gKpYgSufj

— Sky Sports F1 🏎 (@SkySportsF1) July 8, 2018

DIDENDA FIA

Ferrucci didenda €66,000 (RM314,136) berikutan insiden di GP Britain itu dan dia juga dikenakan penalti kerana memandu ke laluan pit dengan memakai sebelah sarung tangan sahaja sambil memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun, pelumba berusia 20 tahun dari Connecticut itu tidak mengambil masa lama untuk memohon maaf atas sikap tidak senonohnya itu sambil berkata apa yang dilakukan itu tiada niat lain melainkan meluahkan rasa marah dan kecewa kerana menganggap tahun ini sebagai sesuatu yang teruk dalam hidupnya.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren

Pihak Formula 2 pula enggan mengulas apa-apa tentang kontroversi tersebut, manakala pasukan Haas mendakwa sedang mengumpulkan segala maklumat penting sebelum membuat keputusan tentang masa depan Ferrucci dengan pasukan itu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Donald Trump, F2, FI, FIA, Formula 2, Formula Satu (F1), Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Roda4, Santino Ferrucci, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev