• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Azroy Mampu Ganti Saya dalam Yuzy Racing - Zaqhwan

Azroy Mampu Ganti Saya dalam Yuzy Racing - Zaqhwan

July 18, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA SuperSports negara, Mohd Zaqhwan Zaidi percaya Azroy Hakeem Anuar mampu menggalas tanggungjawab sebagai penggantinya dalam pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing berdasarkan persembahan dipamerkan pelumba itu pada perlumbaan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas lalu.

Zaqhwan, juga juara kategori CP130 2014, ialah pelumba utama pasukan Yuzy Racing sepanjang beberapa musim lalu, tetapi terpaksa mengetepikan saingan CP150 dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 kerana mahu memberi tumpuan kepada perlumbaan 1000cc di Kejuaraan Seluruh Jepun dan SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC).

Menjelang perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix di Jasin, Melaka, minggu ini, Zaqhwan percaya Azroy sekali lagi mampu meneruskan aksi cemerlang seperti dipamerkan dalam sesi latihan dan kelayakan CP150 di MAEPS pada 7 dan 8 Julai lalu.

ENDURAN SUZUKA 8-HOURS

“Saya ada lihat aksi Azroy (gambar atas) di MAEPS. Dia menunjukkan peningkatan ketara dan sentiasa berada dalam kelompok pelumba depan ketika sesi latihan dan kelayakan, cuma kesilapan perlumbaan akhir menyebabkan dia menamatkan saingan di kedudukan ke-10.

ZAQHWAN ZAIDI

“Dia perlu lebih berhati-hati dan bertenang. Sama seperti peringkat awal saya dalam saingan kelas perdana ini, adakala saya terburu-buru dan gopoh. Mungkin dengan pengalaman demi pengalaman dalam perlumbaan selepas ini, dia akan semakin matang dan mampu jadi juara,” kata Zaqhwan yang akan menyertai Kejuaraan Enduran Dunia Suzuka 8-Hours pada 27-29 Julai ini.

Sementara itu, menyentuh tentang persediaan perlumbaan enduran tersebut, Zaqhwan menjelaskan dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Tahun ini saya akan bergandingan dengan dua pelumba berbeza berbanding musim lalu. Sesi latihan di Suzuka sepanjang beberapa minggu ini menunjukkan keputusan positif dan kami meletakkan sasaran menamatkan saingan dalam kelompok 10 pasukan terbaik," katanya.

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: ARRC, Azroy Hakeem Anuar, Cub Prix 2018, Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018, Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), Mohd Zaqhwan Zaidi, roda2, SuperSport 660cc, Suzuka 8-Hours, Yuzy Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev