Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Hustler Tough Wild Edition – SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja
Roda4

Suzuki Hustler Tough Wild Edition – SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja

Han OthmanBy Han Othman26/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI kita sedia tahu, Suzuki sudah tidak mempunyai pengedar rasmi di Malaysia yang bukan hanya divisyen kereta, tetapi juga motosikal. Sebenarnya bukan Malaysia saja, Suzuki turut menghentikan jualan kenderaan penumpang di pasaran Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada).

Jadi perihal pengunduran Suzuki itu janganlah difikir bukan-bukan kerana kehendak pasaran sudah begitu. Apabila pasaran mula tidak menampakkan cahaya, memang munasabah mana-mana pengeluar automotif seperti Suzuki menarik diri dari pasaran dan menumpukan kepada pasaran negara yang lebih memberikan pulangan.

BACA >>> Sayonara… Suzuki Motor Tutup Kilang Pemasangan Motosikal Di Malaysia

Pasaran automotif sentiasa jadi misteri dan sukar diduga dengan Suzuki boleh dijadikan contoh kajian terbaik. Jenama itu kurang laris di banyak pasaran negara luar, tetapi berbeza di tanah air sendiri. Di Jepun, Suzuki kekal sebagai peneraju pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) mini.

Selepas melancarkan Jimny serba baharu, Suzuki memperkenalkan pula versi baharu SUV mini, Hustler Tough Wild Edition dengan penampilan serba lasak dan ranggi.

WARNA LUARAN DUA TONA

Hustler edisi Tough Wild ini ialah model pasaran domestik Jepun (JDM) yang muncul dengan kemasan badan dua tona. Bumbung, pilar-A, panel kuarter belakang, hendal pintu dan rim 15 inci dihitamkan supaya kontras dengan pilihan warna badan seperti biru pucat, biru terang, merah, kuning, atau perak (gambar atas).

Bampar diubah (depan dan belakang) dengan penampilan agresif, dan lambang khas ‘Tough Wild’ dilekatkan, manakala kualiti kabin dipertingkat. Material kerusi menggabungkan kemasan kulit coklat dan fabrik biru navi, dengan aksen gunmetal dan trim biru pucat. Model ini juga dijual di bawah perkongsian dengan Mazda menerusi model Flair.

Model standard dijana enjin 3-silinder 660cc dengan transmisi variabel berterusan (CVT) dalam pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD) pada harga bermula ¥1,487,160 (RM53,243). 

JDM SAHAJA

Memang cantik betul, tetapi sayang cuma untuk pasaran Jepun saja. Jika anda bertanya kenapa Suzuki tidak membawa masuk model keicar jenama itu ke Malaysia, jawapannya sudah tentu pasaran supermini atau segmen-A di Malaysia yang jelas tidak mengizinkan.

Dengan penguasaan penuh Perodua dalam segmen keicar di Malaysia, faktor harga juga tidak banyak memberi kelebihan kepada Suzuki (termasuk pengeluar lain juga). Ini kerana dengan julat harga RM40-RM50k bagi model segmen A berjenama import, pembeli Malaysia sudah boleh memiliki mana-mana kereta jenama tempatan yang berenjin lebih besar.

GALERI
JDM Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) pasaran domestik Jepun (JDM) Roda4 Sport-Ute SUV SUV Mini Suzuki Suzuki Hustler Tough Wild Suzuki Hustler Tough Wild Edition
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

12/03/2026
Auto Terkini

MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

12/03/2026
Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

12/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.