• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 12 Fakta Pantas | Moto Guzzi V7 III Carbon Lancar di Malaysia, Harga RM74,900

12 Fakta Pantas | Moto Guzzi V7 III Carbon Lancar di Malaysia, Harga RM74,900

July 17, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIDI Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia memperkenalkan model V7 III Carbon dan merupakan satu-satunya famili V7 III yang dibangunkan dalam unit terhad, iaitu 1,921 unit sahaja.

Apa yang istimewa dan menarik tentang Moto Guzzi V7 III Carbon ini? Berikut 12 fakta pantas mengenai roadster gaya retro itu:

1. Didatangkan dalam kemasan gentian karbon di beberapa bahagian komponen motor seperti fender tirus dan pendek, dan fairing sisi.

2. Didatangkan dengan penampilan hitam kusam penuh bersama padanan kaliper brek Brembo merah di depan, lambang V7 III di fairing sis dan lambang helang pada tangki minyak.

3. Buatan ‘Made in Mandello’ jelas terserlah dan dapat dilihat pada kemasan merah satin dan penutup kepala silinder.

4. Moto Guzzi menawarkan pelana kalis air Alcantara dengan jahitan benang merah.

5. Bahagian kunci penutup minyak diperbuat daripada bilet hitam aluminium teranod dan semburan cat hitam juga ada pada frem lampu depan, penutup injektor dan master silinder brek belakang.

6. Nombor siri motosikal diletakkan atas bar hendal. Edisi terhad 1,921 unit ialah mewakili tahun Moto Guzzi ditubuhkan.

7. Enjin Twin 750 mematuhi standard Euro 4 dengan kuasa 52hp @ 6, 200rpm dan tork 60Nm @ 4,900rpm serta dipadankan kotak gear 6-kelajuan.

8.Turut dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi (TC) boleh laras dengan dua tahap sensitiviti.

9. Platform multimedia Moto Guzzi ditawarkan sebagai pilihan tambahan bagi rangkaian V7 III. MG-MP ialah sistem multimedia inovatif yang membolehkan telefon pintar dihubungkan menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play Store.

BACA >>> #Spyshot: Moto Guzzi V85 Dikesan dengan Rekabentuk dan Enjin Serba Baharu

10. Sambungan Bluetooth membolehkan pemilik melihat lima parameter pilihan serentak, dipilih menerusi menu seperti: spidometer, rev, kuasa/tork segera dan kecekapan bahan api, purata kelajuan, voltan bateri, pecutan longitudinal dan trip komputer. Pemilik boleh merakamkan maklumat perjalanan dan melihat semula menerusi komputer atau telefon pintar.

11. Harga jualan Moto Guzzi V7 III Carbon ialah RM74,900.

12. Tidak ketinggalan, Moto Guzzi Garage turut menawarkan rangkaian aksesori untuk pemilik melakukan kustom ke atas jentera seperti:

  • Ekzos Arrow 2 in 1
  • Spring shock  absorber merah
  • Fairing sisi aluminium
  • Penutup tangki minyak
  • Skrin pengadang angin
  • Pengangkut barang simpanan
  • Beg kotak atas
  • Pelana tunggal
  • Kit pannier sisi touring dan kulit sepenuhnya
  • Tuil klac dan brek aluminium
GALERI

 

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Didi Resources Sdn Bhd, Moto Guzzi, Moto Guzzi Malaysia, Moto Guzzi V7 III, Moto Guzzi V7 III Carbon, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev