HONDA Malaysia hari ini membuka tempahan untuk HR-V baharu di semua pengedar Honda seluruh negara, termasuk memperkenalkan varian baharu, RS.
Sejak diperkenalkan pada 2015, HR-V mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan Malaysia dan kekal tiga tahun berturut-turut sebagai kereta paling laris dalam segmen kenderaan pelbagai guna (SUV) subkompak. Menurut Honda, lebih 72,000 unit HR-V terjual setakat Jun 2018, dan menjadi model Honda kedua paling laris di Malaysia yang menyumbang 16 peratus daripada keseluruhan jualan setakat bulan lalu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyampaikan penghargaan kepada pembeli Malaysia atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.
"Kami dapat banyak tempahan sepanjang tempoh sifar GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), Jun lalu. Disebabkan banyak tempahan, tempog menunggu untuk mmodel Honda tertentu ialah antara 3 hingga 4 bulan. Semestinya Honda Malaysia bekerja keras untuk menghantar kenderaan baharu itu kepada semua pemilik.
“Kami percaya HR-V baharu ini mampu menarik minat pelanggan yang mahukan penampilan sporty. Peningkatan dari segi luaran, ciri dan keselamatan menjadikan model ini pakej sempurna kepada mereka," katanya.
Apa menarik tentang HR-V baharu? Sekarang kita baca 9 fakta pantas ini:
1. HR-V baharu dikuasakan enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang dipacu Transmisi Variabel Berterusan (CVT) dengan teknologi Earth Dreams yang memberikan keseimbangan bagi prestasi dan kecekapan bahan api.
2. Varian RS menampilkan perubahan rekabentuk luaran yang lebih ekspresif dan sporty dengan rekaan Honda's Signature, konsep Solid Wings Face dan set lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED, lampu kabus LED dan lampu pandu LED Kombi Belakang
3. Varian RS turut datang dengan rim aloi dua-tona 18 inci, gril depan sport, dan bampar depan dan belakang baharu. Aspek perincian juga diperbaharui seperti hendal pintu krom gelap, kemasan plat krom hitam, sil sisi hitam sport, dan kemasan jejaring pada perumah lampu kabus yang memberikan imej lebih segar dan bertenaga.
4. Honda Malaysia memperkenalkan warna merah baharu, Passion Red Pearl, iaitu barisan warna baharu untuk model Honda di Malaysia.
5. Mengekalkan kapasiti kargo untuk memaksimumkan penggunaan ruang. But boleh laras dengan pelbagai mod konfigurasi kerusi belakang, dikenali Utility Mode, Tall Mode, dan Long Mode. Ini membolehkan pengguna HR-V mendapatkan ruang diingini sama ada untuk kegunaan rutin harian dan bercuti atau berjalan jauh.
6. Keselamatan sentiasa jadi prioriti. Varian RS dilengkapkan dengan Honda LaneWatch, iaitu sistem kamera yang dipasang pada cermin sisi penumpang. Ciri tersebut membolehkan pemandu melihat laluan sebelah penumpang dan memantau sudut titik buta menerusi sistem paparan dalam kereta.
7. Semua varian dibekalkan ciri keselamatan standard, terdiri daripada:
- 6 beg udara
- Signal Henti Kecemasan (ESS)
- Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
- Bantuan Daki Bukit (HSA)
- Kamera Pandang Belakang Multi-Sudut
8. HR-V dijadualkan dilancarkan pada suku ketiga 2018. Sebagai penghargaan, semua pembeli yang membuat tempahan akan diberikan kad ganjaran 'Petronas Gift Card' bernilai RM1,000. Bagaimanapun pembeli perlu mendaftar sebelum 31 Oktober 2018.
9. Boleh lawat 95 pengedar Honda sah seluruh negara bermula hari ini! Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari Honda.com.my
Leave a Reply