• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Proton Pantai Bharu Kini Berwajah Baharu - Tekad Mahu Beri Terbaik Buat Pelanggan!

Pusat 3S Proton Pantai Bharu Kini Berwajah Baharu - Tekad Mahu Beri Terbaik Buat Pelanggan!

July 11, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pusat 3S Proton Pantai BharuPROTON terus mengorak langkah agresif menerusi pengenalan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) berwajah baharu di Jalan Kapar, Klang.

Pusat 3S Proton yang dibina atas tapak berkeluasan 1.75 ekar itu dikendalikan menerusi pengedarya, Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd (Pantai Bharu). Pembukaan 3S Proton baharu Pantai Bharu ini adalah bagi menggantikan pusat 1S dan 2S terdahulu, selaras dengan transformasi Proton yang mahu menaik taraf pusat servis ke tahap lebih baik.

Menelan kos pelaburan sebanyak RM6 juta, Pusat 3S Proton Pantai Bharu memiliki ruang pameran luas dan mampu menempatkan sehingga tujuh buah kenderaan pada satu masa sama. Bahagian servis pula mempunyai 12 ruang dan boleh menyenggara sebanyak 1,200 kenderaan dalam tempoh sebulan.

Untuk keselesaan pelanggan, ia juga menyediakan 70 petak letak kereta, ruang permaianan kanak-kanak, sambungan Wi-Fi, minuman ringan dan tempat menunggu berhawa dingin.

Pemilik Kumpulan Syarikat Pantai Baharu, Datuk Shamshudin Nor berkata, lokasi dipilih ini terletak di kawasan komersil yang sibuk dan menjadi tumpuan pengguna terutamanya di kawasan sekitar Klang.

Tambah Shamshudin, pihaknya yakin pembukaan pusat 3S Proton baharu ini akan berjaya menarik lebih ramai pelanggan datang. Pusat servis itu bukan saja menampilkan warna baharu, malahan ruang dalaman turut diberikan kesegaran dengan mewujudkan suasana lebih mesra pelanggan.

Sehingga kini, 87 pengedar sudah diberikan kelulusan menaik taraf pusat servis sedia ada kepada pusat 3S dan 4S, yang mana Proton mensasarkan 109 pengedar Proton akan dinaik taraf sepanjang tahun ini.

BACA >>> Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik - Ryan Lai

Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu

PROTON SAGA KINI BAWAH RM30,000

Dalam pada itu, Proton terus melanjutkan promosi pembelian model Saga pada harga di bawah RM30,000 selaras pengumuman Kerajaan yang menurunkan kadar GST kepada sifar peratus. Ya, anda kini boleh memiliki Proton Saga pada harga serendah RM29,623.87 tanpa GST dan turut diberikan ‘duit raya’ bernilai RM3,500.

Apa tunggu lagi, dapatkan kereta idaman anda pada harga terendah sekarang!

BACA >>> Biar Betul? Harga Proton Saga Sekarang Hanya RM29k?

GALERI

Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu
Pusat 3S Proton Pantai Bharu

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Shamshudin Nor, harga proton saga, harga proton saga premium bodykit, Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd, pusat 3s proton pantai bharu, pusat servis proton klang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev