• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Nyahkarbon Enjin yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: Tentang Nyahkarbon Enjin yang Perlu Anda Tahu

July 8, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH nyahkarbon sebenarnya?

Dalam terma ringkas, nyahkarbon enjin melibatkan penyingkiran deposit karbon daripada enjin sama ada menggunakan kaedah mekanikal (fizikal) atau kimia.

Secara mekanikal, prosedur membersihkan deposit karbon memerlukan proses menanggalkan kepala silinder dan kemudian mengikis deposit karbon daripada atas piston secara fizikal, termasuk pada kebuk pembakaran dan komponen lain (seperti injap).

Enjin 2-lejang terdahulu memerlukan proses menyahkarbon yang lebih kerap kerana minyak pelincir (minyak 2T, dalam keadaan biasa) turut dibakar dalam kebuk pembakaran, sekali gus meninggalkan sisa karbon.

Contoh deposit karbon di atas kepala piston

Membuka kepala silinder enjin 2-lejang ialah prosedur yang agak mudah. Bagaimanapun, enjin 4-lejang moden dengan aci engkol, injektor bahan api, pelbagai sensor dan elektronik berisiko mengakibatkan kesilapan jika dilakukan mekanik tidak cekap. Di sinilah prosedur nyahkarbon secara kimia diperlukan.

Menambah bahan kimia tertentu seperti alkohol dan terpenes ke dalam bekalan bahan api konvensional (petrol / diesel) dilihat mampi  menghilangkan dan menyingkirkan sekurang-kurangnya sebahagian deposit karbon yang terbentuk di pelbagai bahagian enjin seperti sistem suntikan bahan api, korona (crown) dan gegelang piston, kebuk pembakaran, injap, manifold ekzos, injap EGR, penukar pemangkin (catalytic converter@catcon) dan mufler. Karbon kemudian dinyahkan menerusi ekzos.

MESIN VS CUCIAN STIM

mesin-nyahkarbon-2
mesin-nyahkarbon

Ada pelbagai syarikat menghasilkan banyak agen nyahkarbon bersesuaian dengan bahan kandungan dirahsiakan. Sebuah mesin seperti gambar di atas, digunakan untuk mengukur agen nyahkarbon dengan bahan api dalam enjin yang sedang beroperasi.

Cucian stim untuk dalaman enjin juga antara prosedur popular kerana menggunakan kaedah nyahkarbon yang murah. Caranya, air akan disembur ke dalam ambilan udara (air intake) sesebuah enjin yang sedang beroperasi panas.

Stim yang dijana kemudian akan menyingkirkan deposit karbon dan dikeluarkan menerusi ekzos. Keberkesanan kaedah ini, termasuk implikasi positif dan negatif banyak dibincangkan panjang lebar. Anda boleh baca sendiri di forum-forum automotif. Secara amnya, jika prosedur ini tidak dilakukan dengan betul, peluang enjin rosak memang tidak dapat diketepikan.

SUMBER: TeamBHP

Related

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Cuci Enjin, Decarbonised, Deposit Karbon, enjin, Nyahkarbon, Nyahkarbon Enjin, roda2, Roda4, tip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev