HONDA Motorcycle & Scooter India (HMSI) melancarkan Activa 125 (2018) pada harga Rs59,621 (RM3,503). Activa 125 baharu ini dikemas kini dengan ciri moden terkini seperti lampu LED dengan lampu posisi dan kunci 4-dalam-1 berserta punat buka pelana.
Activa 125 (2018) juga dilengkapi Indikator Kelajuan Eco, Indikator Sela Servis, rim aloi kelabu baharu dan suspensi belakang boleh laras 3-tetapan. Pembeli varian Deluxe pula diberikan ekzos kemasan krom.
Masih menggunakan enjin satu silinder 124.9cc penyejukan udara, Activa (2018) mampu menjana kuasa 8.5hp @ 6,500 rpm dan tork 10.5Nm @ 5,000rpm dengan transmisi Variomatic.
Activa 125 (2018) boleh didapati dalam 6 pilihan warna: Matte Selene Silver (perak), Black (hitam), Pearl White Amazing (putih), Rebel Red Metallic (merah metalik), Midnight Blue Metallic (biru metalik) dan Matte Crust Metallic (coklat).
Harga Mengikut Varian:
- Brek Dram - Rs59,621 (RM3,503)
- Rim Aloi + Brek Dram - Rs61,558 (RM3,616)
- Brek Cakera - Rs64,007 (RM3,760)
SUMBER: TeamBHP
WARADAN says
Is it available in Malaysia?
Abang GYL says
Tiada