• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Beetle Generasi Baharu Mungkin Muncul Sebagai EV

Volkswagen Beetle Generasi Baharu Mungkin Muncul Sebagai EV

July 5, 2018 By Han Othman Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN (VW) dijangka akan terus hidup sebagai antara jenama automotif paling ikonik seluruh dunia dalam dekad mendatang, tetapi VW memunyai rancangan berbeza untuk masa depan model tersebut.

Menurut AutoCar, pengeluar automotif dari Jerman itu mungkin menukarkan Beetle menjadi kereta elektrik 4-pintu yang dibina atas platform baharu VW, iaitu MEB. Platform itu khabarnya mampu dipadankan dengan banyak jenis badan kereta EV.  Malah, platform MEB juga dikatakan akan mengembalikan semula Beetle kepada sistem pacuan roda belakang (RWD), sama seperti binaan asal model tersebut.

PLATFORM MEB

Volkswagen Showcar I.D. I.D. ? die Revolution. Der erste Volkswagen auf der völlig neuen Elektrofahrzeug-Plattform. Der erste Volkswagen, der für das automatisierte Fahren vorbereitet ist.
Volkswagen Showcar I.D. I.D. ? die Revolution. Der erste Volkswagen auf der völlig neuen Elektrofahrzeug-Plattform. Der erste Volkswagen, der für das automatisierte Fahren vorbereitet ist.
Volkswagen Showcar I.D. I.D. ? die Revolution. Der erste Volkswagen auf der völlig neuen Elektrofahrzeug-Plattform. Der erste Volkswagen, der für das automatisierte Fahren vorbereitet ist.

Banyak kereta elektrik VW akan dihasilkan dengan kit MEB yang sememangnya dibangunkan khas untuk kenderaan elektrik (EV), seperti hatchback I.D., microbus I.D. Buzz dan I.D. Crozz serta sedan EV berasaskan model konsep I.D. Vizzion.

Ketua VW, Herbert Diess beberapa bulan lalu menyuarakan hasrat menghasilkan barisan kereta yang lebih emosional, dan model pertama yang bakal dilahirkan semula ialah microbus. Bagaimanapun, Bettle EV yang bakal diperkenalkan masih belum mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan atasan VW.

FOKUS MODEL MASSA

Ketua Pereka VW, Klaus Bischoff berkata, VW akan menumpukan kepada usaha melancarkan kereta EV yang boleh dijual terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang menghadilka kereta dengan rekabentuk ekspresif seperti Beetle baharu.

"Kereta-kereta (EV) itu memiliki teknologi yang sangat rumit, dan jika anda buat terlalu banyak, ia jadi melebih-lebih. Kemudian barulah kami pergi kepada kereta yang lebih eksotik dan beremosi," kata Bischoff.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Beetle Sport, Kecil Tapi Mantap!

Bischoff menambah, Beetle baharu itu, yang dibina berasaskan platform MEB, tidak akan berkompromi dengan aspek kefungsian seperti kereta 2-pintu hari ini. Beetle EV itu kelak akan menawarkan ruang seperti hatchback I.D. walaupun mengekalkan rekabentuk tradisi model tersebut.

"Anda ada banyak ruang, jadi tiada kompromi dalam kefungsian.  Ia akan jadi kereta yang sangat menarik," katanya.

Menurut Bischoff lagi, lakaran rekabentuk Beetle generasi baharu sudah pun disempurnakan sepenuhnya, tetapi akan mengambil masa dua hingga tiga tahun sebelum VW memutuskan menghantar model itu kepada barisan pengeluaran.

GALERI

* Gambar utama dan galeri di bawah ialah lakaran model konsep VW I.D. hatchback

SUMBER: AutoGuide

Related

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, Herbert Diess, Kenderaan Elektrik (EV), Klaus Bischoff, Platform MEB, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Beetle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev