• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: Moto Guzzi V85 Dikesan dengan Rekabentuk dan Enjin Serba Baharu

#Spyshot: Moto Guzzi V85 Dikesan dengan Rekabentuk dan Enjin Serba Baharu

July 4, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


FOTO intipan atau spyshot motosikal advencer baharu, Moto Guzzi V85 didedahkan portal permotoran MCN selepas lebih setengah tahun melakukan debut sebagai model konsep (gambar kuning) di Pameran Motosikal Milan (EICMA), November tahun lalu.

Menurut Moto Guzzi, motosikal itu dibangunkan dalam kondisi serba baharu sebagai tanda kepulangan jenama itu di pasaran segmen advencer sejak berakhirnya Stelvio 1200 gara-gara peraturan Euro4.

Digelar 'Classic Enduro', jentera tersebut menggabungkan keupayaan off-road dengan rekabentuk klasik. Walaupun warna badan agak kurang menonjol berdasarkan foto intipan yang didedahkan, tetapi jelas ketara rupa tangki minyak maskular, dan lampu utama kembar yang pantas mengingatkan kita kepada model Triumph Thunderbird.

Apa lagi? Juga enjin V-Twin 850cc penyejukan udara yang dijangka menghamburkan kuasa setinggi 77hp dengan ciri klasik yang sedia ada pada jentera Moto Guzzi.

Berat enjin dan komponen gantungan lain ditampung frem keluli tubular dan swingarm asimetrik yang menempatkan monoshock sisi dan transmisi pacuan aci.

Menurut Moto Guzzi, kedudukan sistem suspensi belakang seperti itu membuatkan komponen itu mudah diakses dan dilaraskan serta memberikan lebih ruang untuk sistem ekzos, betul-betul di bawah pelana.

spyshot-moto-guzzi-v85-3
spyshot-moto-guzzi-v85-concept
spyshot-moto-guzzi-v85-2
spyshot-moto-guzzi-v85-1
spyshot-moto-guzzi-v85-4

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Advencer, adventure bike, Foto Intip, Moto Guzzi, Moto Guzzi V85, motosikal, roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev