• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Musim 2 Kembali!

Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Musim 2 Kembali!

July 4, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM pertama siri perlumbaan Vios Challenge sempena Karnival Toyota GAZOO Racing (TGR) baru saja melabuhkan tirai pada April lalu dalam pusingan akhir yang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Nampaknya, peminat sukan pemotoran tempatan tidak perlu menunggu lama untuk melihat aksi pelumba kegemaran masing-masing kerana Vios Challenge musim kedua akan kembali yang kali ini membariskan pelumba selebriti baharu dan pelumba profesional serta amatur.

BACA >>> Toyota Vios (2018) Versi Kemas Kini dengan Ekstra Aksesori, Harga Serendah RM74k!

Berikut fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang perlumbaan TGR Vios Challenge Musim Kedua:

1. Kali ini perlumbaan akan diadakan di lokasi berbeza dan untuk kali pertama akan berlangsung di Pantai Timur. Berikut lokasi perlumbaan:

  • Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu) - 2-4 0gos 2018
  • MAEPS Serdang (KL) - 19-21 Oktober 2018
  • Stadium Batu Kawan (Pulau Pinang) 22-24 Februari 2019
  • Litar Antarabangsa Sepang (Selangor) 12-14 April 2019

2. Format siri perlumbaan masih mengekalkan standard kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), sama seperti perlumbaan profesional lain.

3. Semua pelumba akan menggunakan jentara Toyota Vios yang sama dan identik mengikut peraturan perlumbaan. lni bagi memastikan persaingan bergantung penuh kepada skil pelumba. Pemeriksaan sebelum dan selepas perlumbaan akan dilakukan bagi memastikan tiada modifikasi dibuat.

4. Perlumbaan melibatkan 3 kategori:

  • Sporting (pelumba semi-profesional)
  • Super Sporting (pelumba profesional)
  • Promotional (pelumba selebriti).

5. Kategori Promotional melibatkan 4 pelumba selebriti yang pernah bersaing dalam perlumbaan musim pertama, iaitu Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Shukri Yahaya.

6. Ini ditambah 6 selebriti baharu yang bakal memberi saingan musim kedua seperti:

  • Aiman Tino
  • Khai Bahar
  • Nabila Razali
  • Wany Hasrita
  • Akim Ahmad
  • Nabil Ahmad

Sama seperti kumpulan selebriti pertama, pelumba selebriti musim kedua ini juga akan diberikan latihan daripada Akademi Vios untuk mempersiapkan diri menghadapi sesi perlumbaan yang bakal berlangsung.

7. Vios Challenge turut mengekalkan barisan penaja utama yang terlibat sejak musim pertama seperti Toyo Tyres, Denso, TRD Asia, Enkei, Moty's, minuman tenaga Drive M7 dan Toyota Capital Services.

 

 

Related

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR), sukan permotoran, TGR Malaysia, Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Vios, UMW Toyota Motor, Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev