• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 10 Fakta Pantas | Porsche 911 GT2 RS (2019) Sempena Ulang Tahun ke-70 - RM2.9 Juta

10 Fakta Pantas | Porsche 911 GT2 RS (2019) Sempena Ulang Tahun ke-70 - RM2.9 Juta

July 2, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORSCHE pertama - roadster Porsche 356 didaftarkan pada 8 Jun 1948 dan kini selepas 70 tahun, jenama itu memang cukup sinonim dalam pembuatan kereta sport berstatus premium.

Jadi, sempena hari 'Porsche Sportscar Together' bagi meraikan ulang tahun 7 dekad itu, Sime Darby Auto Performance (SDAP) melancarkan model 911 GT2 RS (2019) baharu ke pasaran tempatan.

Berikut 10 fakta ringkas tentang Porsche 911 GT2 RS (2019):

1. Bukan sekadar model paling berkuasa, tetapi juga siri 911 paling laju pernah dibangunkan Porsche. Model ini memiliki prestasi seakan jentera supersport dan berjaya mencatatkan rekod masa 6 minit 47.3 saat di litar Nurburgring.

2. Trenkuasa dijana enjin 3.8L yang turut digunakan 911 Turbo S. Enjin biturbo flat six menghasilkan kuasa 700hp dan tork maksimum 750Nm.

3. Dipadankan transmisi dual klac PDK 7-kelajuan dengan kelajuan 0-100 km/j sepantas 2.8 saat dan kelajuan maksimum 340 kmj.

4. Ekzos titaniumm membolehkan berat jentera dikurangkan 7kg berbanding 911 Turbo. Ini turut menampilkan ciri pembangunan sistem ekzos baharu dengan silenser belakang dan bunyi penuh daripada turbo prestasi tinggi.

5. Material gentian karbon pada cermin sisi, corong udara, panel belakang kereta dan komponen dalaman turut mengurangkan berat kereta. Porsche turut menawarkan pakej Weissach, terdiri daripada bumbung dan rim magnesium serta bar antirol titanium yang 30kg lebih ringan.

BACA >>> 10 Fakta Pantas Tentang Porsche Cayenne Gen-3, Pra Tempahan Kini Dibuka

6. Ruang penumpang didominasi kemasan kulit Alcantara merah dan hitam dengan kemasan karbon sebagai standard.

7.  Seperti model 911 lain, sistem infotaiment Porsche Communication Management (PCM) menjadi unit kawalan utama audio, navigasi dan komunikasi.  Sementara itu, modul Connect Plus dan aplikasi Porsche Track Precision (PTP) didatangkan standard dengan fungsi rekod, papar dan analisis data pemanduan pada telefon pintar.

8. Didatangkan dengan rim lebih besar bersaiz 265/35 ZR 20 di depan dan 325/30 ZR21 di belakang. Tidak ketinggalan, 911 GT2 RS dipadankan brek komposit seramik Porsche sebagai standard.

9. Khas buat pemilik, Porsche menawarkan jam tangan edisi khas yang diperbuat daripada titanium dan boleh ditempah di pengedar rasmi Porsche Centre.

10. Boleh dimiliki pada harga bermula RM2.9 juta (termasuk cukai, tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans) dengan jaminan 4 tahun.

GALERI

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: fakta pantas, Kereta Sport, Porsche, Porsche 356, Porsche 911, Porsche 911 GT2 RS, Porsche Sportscar Together, Roda4, Sime Darby Auto Performance (SDAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my