TUNGGANGAN ratusan kilometer pasti terasa sangat jauh sekiranya kita memakai set menunggang yang salah, termasuk helmet. Ya, helmet ialah topik utama kita kali ini, terutama kepada mereka yang setiap hari menunggang jauh. Ataupun sekadar bersuka ria pada hujung minggu.
Berikut ialah 5 tip dikongsikan Shark Helmet mengenai cara memastikan helmet kita sesuai dan tepat dengan gaya tunggangan jarak jauh. Sila ambil perhatian OK!
1. CARI TOPI KELEDAR SESUAI
Tajuk tip ini nampak biasa saja kalau dibaca, tetapi sebenarnya ramai penunggang di luar sana yang tersalah beli saiz helmet. Jika helmet itu menyebabkan kita sakit kepala, mungkin sebab terlalu ketat. Jika teranjak atau terangkat, atau berbunyi agak bising ketika menunggang, mungkin helmet itu terlalu longgar dan menyebabkan topi keledar itu tidak mampu memberikan perlindungan optimum kepada si pemakai.
Cara terbaik mencuba, memilih dan membeli helmet ialah pergi ke kedai helmet dan cuba pakai beberapa jenis model. Penjual terlatih akan menasihati anda tentang fiil yang betul apabila memakai helmet - sama ada terlalu ketat atau tidak. Ada juga banyak cara menetapkan padanan helmet. Contohnya helmet Shark yang menawarkan dua saiz cengkerang atau shell berbeza dan pad pipi lebar yang juga berbeza berbanding model lain. Jadi, pilihlah sendiri helmet dengan cita rasa peribadi.
2. JANGAN HANYA PENTINGKAN RUPA
Sebenarnya, membeli helmet bukan segala tentang rupa saja yang perlu diberikan perhatian. Tetapi juga tentang apa yang mampu diberikan helmet tersebut. Fikirkan tentang bila, di mana dan bagaimana kita menunggang. Carilah helmet yang memenuhi keperluan diri.
Helmet Shark dilengkapi ciri khas yang mampu memudahkan tunggangan. Model seperti Spartan dan Evo-One 2 misalnya mempunyai visor matahari bersepadu yang boleh diturunkan apabila menunggang dalam cuaca panas terik atau silau. Jika merancang menunggang malam, Skwal 2 pula dilengkapi lampu LED untuk pandangan lebih baik di jalan raya, manakala Explore-R dilengkapi visor dan kaca mata.
Jadi semua itu bergantung kepada pilihan sendiri. Istimewanya, semua helmet Shark sudah siap disediakan dengan sistem Bluetooth supaya penunggang dapat mendengar muzik atau berbual dengan orang lain, atau menggunakan fungsi GPS dengan mudah.
3. BERI PERHATIAN KEPADA PENGUDARAAN
Kita semua pernah mengalami situasi yang mana sebaik saja menanggalkan helmet, rambut berpeluh. Fikirkan juga tentang pengudaraan apabila memilih helmet bagi memastikan kepala kita kekal dalam suhu selesa. Bunyinya mengada-ngada, tetapi penting.
Helmet Race-R Pro misalnya menawarkan pengudaraan optimum yang dibina menggunakan perkomputeran dinamik bendalir (computational fluid dynamics - CFD). Jadi, asasnya, Shark menemui cara terbaik untuk mendapatkan udara sejuk dan membebaskan udara panas, sekali gus menjaga kepala supaya bebas berpeluh.
Semua helmet Shark juga dilengkapkan pelapik mudah tanggal dan boleh dibasuh, supaya dapat sentiasa disegarkan dengan mudah dan cepat.
4. SELESA DAN TIADA SEKATAN
Bukan pasal gaya tunggangan, tetapi tentang cermin mata. Bagi penunggang bercermin mata atau suka memakai kaca mata hitam, sudah tentu tidak mahu frem cermin mata tertolak ke sisi kepala yang membuatkan kita rasa tidak selesa. Sesetengah helmet seperti Shark sudah siap menyediakan ruangan khas, digelar 'Easy Fit', yang mampu memuatkan kaca mata, sekali gus mengelak ketidakselesaan.
5. PERTIMBANGKAN BERAT
Jangan lupa beri perhatian kepada berat. Helmet yang ringan dapat membantu mengelak rasa tegang di leher, terutama ketika menunggang jauh. Berat kepala manusia ialah sekitar 5kg (secara purata). Jadi, setiap kilogram di atas kepala sangat penting. Carilah helmet daripada material ringan. Kalau berduit, bolehlah dapatkan helmet gentian karbon seperti Race-R PRO, Spartan dan S-DRAK.
SUMBER: MCN
Nubis Rider says
boleh tak cadangkan utk publish artikel cara pegang trotel yang betul.??
nampak kelakar tapi tak semua orang tau haha