• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CR-V Spesifikasi Eropah Paling Selamat, Penuhi Piawaian Keselamatan EU

Honda CR-V Spesifikasi Eropah Paling Selamat, Penuhi Piawaian Keselamatan EU

July 3, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA kini bersiap sedia melancarkan CR-V Spesifikasi Eropah (Euro Spec) yang banyak menumpukan kepada aspek kejuruteraan terkini sebagai persiapan menghadapi pesaing seperti Skoda Kodiaq dan Toyota RAV4.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharu itu khabarnya bakal menampilkan casis paling kukuh dan canggih dalam sejarahnya dengan menawarkan ciri keselamatan lebih baik, termasuk pengendalian yang berfokuskan pemandu. Semua itu dinikmati daripada pembuatan badan baharu yang menggunakan material ringan dan berketegangan tinggi.

Menurut Honda, CR-V Euro Spec baharu, yang direka untuk memenuhi piawaian keselamatan Eropah, menawarkan karakter pemanduan menyeronokkan dan tahap keselesaan tinggi. Sistem pacuan semua roda masa nyata (Real Time AWD) bertanggungjawab menyerlahkan 'prestasi selekoh lebih dinamik' dengan hantaran tork hingga 60 peratus kepada roda belakang.

PENUHI PIAWAIAN EROPAH

Casis ini turut dilengkapi sistem Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA) baharu yang ditala untuk memenuhi piawaian Eropah. Sistem Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) baharu bertindak balas terhadap input stereng dengan 'bantuan penuh' untuk keselamatan tambahan dan kelancaran serta respon laku yang lebih terkawal ketika di jalan raya.

Di depan, tersedia strut MacPherson yang menawarkan rigiditi sisi tinggi, manakala suspensi belakang menggunakan multi-link baharu yang memberikan lebih kestabilan, keselesaan pemanduan hebar dan pengendalian lebih linear.

CR-V Euro Spec dijadualkan tiba musim luruh ini dengan menampilkan enjin 1.5L VTEC Turbo yang dipadankan opsyen kotak gear manual 6-kelajuan dan transmisi variabel berterusan (CVT), manakala versi hibrid dijangka tiba pada 2019.

SUMBER: CarScoops

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda CR-V (2019), Honda CR-V Euro Spec, Honda CR-V Spesifikasi Eropah, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV kompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev